Skip to main content

Dunia

Banjir, debu gunung berapi jejas kehidupan rakyat Ecuador

Banjir dan debu berikutan letusan gunung berapi Sangay memusnahkan kira-kira 60,000 hektar kawasan serta tanaman di seluruh Ecuador.

Anggaran Waktu Membaca:
Banjir, debu gunung berapi jejas kehidupan rakyat Ecuador

(Gambar: Twitter)

Diterbitkan : 14 Mar 2021 08:47PM Dikemas Kini : 14 Mar 2021 08:56PM

QUITO: Banjir dan debu berikutan letusan gunung berapi Sangay memusnahkan kira-kira 60,000 hektar kawasan serta tanaman di seluruh Ecuador.

Perkhidmatan pengurusan risiko (SNGRE) menjelaskan bencana alam itu menjejas kehidupan 350,000 orang.

Presiden Ecuador, Lenin Moreno, berkata pihak pemerintah menawarkan pelbagai bantuan kepada para penduduk yang terjejas berikutan debu gunung berapi Sangay dan banjir di seluruh negara.

Beliau juga mengumumkan penstrukturan semula "pinjaman pertanian" dan mengerahkan "pasukan bagi membantu para petani".

Berdasarkan laporan terkini diterbitkan SNGRE di laman sesawangnya, sekitar 16,320 hektar kawasan setakat ini dilaporkan musnah berikutan banjir yang melanda wilayah Andean dan zon persisir, sejak permulaan musim hujan pada 1 Februari lalu.

Enam orang dilaporkan terkorban, dengan 18,000 yang lain terjejas.

Gunung berapi Sangay yang semakin aktif sejak beberapa minggu lalu, mula mengeluarkan debu tebal sehingga memusnahkan 43,000 hektar tanaman, selain menjejas kehidupan 330,000 orang.

Kesan debu daripada gunung berapi setinggi 5,230 meter, terletak di tenggara wilayah Amazon, Morona Santiago, sempadan Peru.

Lapangan terbang antarabangsa diGuayaquil, ibu negara Guayas, minggu lalu terpaksa berhenti beroperasi berikutan debu gunung berapi Sangay.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita