Banjir buruk di Vietnam ragut 90 nyawa, 12 hilang
Anggaran Waktu Membaca:
HANOI: Banjir berterusan yang melanda kawasan tengah dan Wilayah Tanah Tinggi di Vietnam menyebabkan kerosakan luar biasa, dengan 102 orang dilaporkan maut atau hilang serta ribuan rumah ditenggelami air atau musnah, lapor Agensi Berita Vietnam.
Laporan daripada Jabatan Pengurusan Bencana dan Pengurusan Daik Vietnam (VDDMA) yang dikemas kini pada 7.00 pagi Ahad, menunjukkan 90 kematian disahkan dan 12 orang masih hilang, peningkatan ketara berbanding 24 jam sebelumnya - kemas kini pagi Sabtu mencatatkan 55 kematian dan 13 orang hilang.
Wilayah Dak Lak mencatat jumlah korban tertinggi dengan 63 kematian dan lapan orang hilang. Khanh Hoa pula melaporkan 14 kematian dan dua individu hilang, manakala Lam Dong mencatat lima kematian.
Beberapa kawasan lain yang mencatatkan kematian akibat banjir termasuk Quang Tri, Thua Thien Hue, Da Nang dan Gia Lai.
Kerugian ekonomi awal dianggarkan berjumlah VND9.035 trilion (sekitar S$448 juta), hampir sama seperti sehari sebelumnya. Namun, pihak berkuasa menjangka jumlah itu akan meningkat apabila penilaian diteruskan selepas banjir surut.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.