Banjir besar landa tenggara Kanada
Di Kanada, banjir besar melanda tenggara negara itu menyebabkan rumah dan jalan-jalan raya ditenggelami air bah.
OTTAWA: Di Kanada, banjir besar melanda tenggara negara itu menyebabkan rumah dan jalan-jalan raya ditenggelami air bah.
Sementara itu di Montreal, pihak berkuasa mengisytiharkan keadaan darurat di bandar kedua terbesar Kanada itu sedang ia bersiap sedia mengharungi hujan lebat dan salji yang cair.
Ia memberi amaran hujan sebanyak enam sentimeter mungkin melanda Montreal.
Ibu kota Kanada, Ottawa juga sedang bersiap sedia menghadapi banjir besar yang dijangka setinggi setengah meter.
Sebelum ini, banjir yang berlaku pada musim bunga menjejas hampir 5,500 rumah dan 1,000 orang terpaksa meninggalkan rumah mereka.
Para pegawai di Ottawa berkata banjir paling teruk pada 2017 menyebabkan kerosakan bernilai sekitar AS$171 juta (S$232.86 juta) di Ontario dan Quebec.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.