Banjir besar di Nepal musnahkan rumah dan prasarana, penduduk diarah berpindah
Anggaran Waktu Membaca:
Bendera negara Nepal dilihat di Devighat, daerah Nuwakot, Nepal pada 9 September 2026. (Gambar fail: REUTERS/Tyrone Siu)
Major flooding in Nepal destroys homes and infrastructure, residents ordered to evacuate
- Nepal authorities on Sunday urged residents downstream of the Budhi Gandaki River to evacuate after major flooding hit Gorkha district, with no casualties reported.
- The flooding was caused by a landslide in Chumnubri that blocked the river's flow, sweeping away homes and two suspension bridges, and damaging a hydropower project.
- Dharmendra Kumar Mishra said residents along the riverbanks needed to move to safe places, while warnings were also issued in Tanahun, Chitwan and Nawalparasi.
- National disaster authorities called for timely evacuations, while the army and police conducted monitoring and stood ready for salvage operations.
- Pihak berkuasa Nepal pada Ahad menggesa penduduk hilir Sungai Budhi Gandaki berpindah selepas banjir besar melanda daerah Gorkha tanpa korban dilaporkan.
- Banjir itu berpunca daripada tanah runtuh di Chumnubri yang menyekat aliran sungai, lalu menghanyutkan rumah, dua jambatan gantung dan merosakkan projek hidroelektrik.
- Dharmendra Kumar Mishra berkata penduduk di tebing sungai perlu ke tempat selamat, sementara amaran turut dikeluarkan di Tanahun, Chitwan dan Nawalparasi.
- Pihak berkuasa bencana nasional meminta pemindahan tepat pada masanya, manakala tentera dan polis menjalankan pemantauan serta bersedia untuk operasi menyelamat.
KATHMANDU: Pihak berkuasa Nepal pada Ahad (11 Okt) menggesa para penduduk kampung supaya berpindah ke tempat lebih selamat selepas banjir besar di sebuah sungai di bahagian tengah negara itu menghanyutkan beberapa rumah dan prasarana. Mujur, tiada korban dilaporkan.
Kejadian tanah runtuh di kampung Chumnubri, di daerah Gorkha, sekitar 100 kilometer ke barat Kathmandu, menyekat aliran Sungai Budhi Gandaki, lalu menyebabkan banjir di kawasan hilir sungai, menurut pihak berkuasa.
Sungai Budhi Gandaki ialah anak sungai kepada Sungai Trishuli. Di hilir, terdapat satu lagi anak sungai yang menyaksikan runtuhan glasier mencetuskan banjir besar pada Ogos lalu, mengorbankan 1,457 orang, manakala beribu-ribu lagi masih hilang.
“Kami telah meminta penduduk yang tinggal di sepanjang tebing sungai di kawasan hilir supaya berpindah ke tempat selamat,” kata Dharmendra Kumar Mishra, pegawai kanan pentadbiran daerah Gorkha.
Encik Mishra berkata beberapa rumah dan dua jambatan gantung telah dihanyutkan, manakala sebuah projek hidroelektrik mengalami kerosakan akibat banjir itu.
Pihak berkuasa bencana negara memberi amaran kepada penduduk yang tinggal di sepanjang sungai di daerah Gorkha, Tanahun, Chitwan, Nawalparasi Timur dan Nawalparasi Barat mengenai banjir tersebut.
“Mohon bantu memastikan penduduk di kawasan berisiko dipindahkan ke lokasi selamat tepat pada masanya dan membantu operasi mencari dan menyelamat jika diperlukan,” menurut kenyataan Pihak Berkuasa Pengurangan Risiko Bencana dan Pengurusan Bencana Nasional dalam satu catatan media sosial.
Para pegawai berkata anggota penyelamat tentera dan polis telah tiba di kawasan berkenaan dan turut memantau keadaan dari helikopter.

Sumber : Reuters/LL/ll
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.