Skip to main content

Dunia

Bangunan runtuh di Kemboja: Kanak-kanak, wanita antara korban tragedi

Angka korban bangunan runtuh di Kemboja Jumaat lalu (3 jan) meningkat kepada 36 orang.

Anggaran Waktu Membaca:
Bangunan runtuh di Kemboja: Kanak-kanak, wanita antara korban tragedi

(Gambar: Stringer/Reuters)

Diterbitkan : 05 Jan 2020 04:49PM Dikemas Kini : 05 Jan 2020 04:57PM

PHNOM PENH: Angka korban bangunan runtuh di Kemboja Jumaat lalu (3 jan) meningkat kepada 36 orang.

Bangunan tujuh tingkat di bandar pesisir pantai Kep, wilayah selatan negara itu, roboh ketika sedang dibina, menyebabkan para pekerjanya tertimbus di bawah runtuhan.

Para pegawai berkata operasi mencari dan menyelamat sudah ditamatkan.

Mereka yang mati termasuk enam kanak-kanak dan 14 wanita.

Pihak berkuasa tidak menjelaskan mengapa kanak-kanak itu berada di tempat kejadian.

Bagaimanapun Gabenor wilayah Kep berkata pasangan suami isteri rakyat Kemboja yang merupakan pemilik bangunan itu sudah ditahan untuk disiasat.

Ia berlaku setahun selepas kejadian runtuhan di tapak projek di wilayah Preah Sihanouk, yang mengorbankan 28 orang.

Sumber : AFP/MU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita