Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bangunan runtuh di Istanbul, 2 maut

Sekurang-kurangnya dua orang maut dan enam lagi cedera selepas sebuah bangunan lapan tingkat runtuh di Istanbul pada Rabu (6 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Bangunan runtuh di Istanbul, 2 maut

Sekurang-kurangnya dua orang maut dan enam lagi cedera selepas sebuah bangunan lapan tingkat runtuh di Istanbul. (Gambar: Yasin Akgul/AFP)

Diterbitkan : 07 Feb 2019 09:35AM Dikemas Kini : 07 Feb 2019 09:40AM

ISTANBUL: Sekurang-kurangnya dua orang maut dan enam lagi cedera selepas sebuah bangunan lapan tingkat runtuh di Istanbul pada Rabu (6 Feb).

Beberapa orang lagi dilaporkan hilang dalam kejadian tersebut, sementara kenderaan turut tertimbus di bawah runtuhan bangunan.

Punca kejadian yang berlaku di daerah Kartal itu, masih tidak diketahui.

Gabenor Istanbul Ali Yerlikaya berkata kepada wartawan di tempat kejadian bahawa 43 orang berdaftar sebagai penghuni 14 apartmen di bangunan itu tetapi tiga tingkat teratas blok itu dipercayai dibina secara tidak sah.

Beliau turut berkata, sebuah bengkel tekstil yang dibuka di tingkat bawah bangunan itu juga beroperasi tanpa lesen.

Presiden Tayyip Erdogan dilaporkan menghantar menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal dalam negeri dan alam sekitar ke tempat kejadian.

Pasukan kecemasan berjaya mengeluarkan sekurang-kurangnya tiga orang yang masih hidup di tapak runtuhan. 

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan