Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bangunan runtuh di India; tiga maut, puluhan lagi dikhuatiri terperangkap

Sekurang-kurangnya tiga orang maut manakala puluhan yang lain dikhuatiri terperangkap selepas sebuah bangunan empat tingkat runtuh di India, kata pegawai pada lewat Selasa (24 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Bangunan runtuh di India; tiga maut, puluhan lagi dikhuatiri terperangkap

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 25 Jan 2023 08:28AM Dikemas Kini : 25 Jan 2023 08:28AM

LUCKNOW: Sekurang-kurangnya tiga orang maut manakala puluhan yang lain dikhuatiri terperangkap selepas sebuah bangunan empat tingkat runtuh di India, kata pegawai pada lewat Selasa (24 Jan).

Timbalan Ketua Menteri Uttar Pradesh, Brajesh Pathak berkata tiga orang maut dalam runtuhan yang berlaku di utara bandar Lucknow.

Ketua Polis Uttar Pradesh, Devendra Singh Chauhan berkata runtuhan tersebut mungkin disebabkan kesan akibat gempa bumi yang berlaku sehari sebelumnya.

Gempa bumi berukuran 5.8 skala Richter melanda barat Nepal Selasa lalu, sekitar 440 kilometer dari Lucknow.

"30 hingga 35 mangsa dikhuatiri terperangkap dalam runtuhan berkenaan", katanya kepada pemberita.

Pasukan polis, dan pasukan bencana India masih lagi meneruskan pencarian mangsa, katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Menteri, Yogi Adityanath mengarahkan semua hospital di Uttar Pradesh berada dalam keadaan siap sedia bagi segala kemungkinan.

Menurut data dari Biro Rekod Jenayah Kebangsaan, 1,630 orang terbunuh akibat runtuhan struktur bangunan sejak 2021.

Kejadian terbaru itu berlaku hanya beberapa minggu selepas pihak berkuasa di Joshimath, salah sebuah bandar suci di India menimbulkan kebimbangan penduduk selepas ratusan rumah  mengalami keretakan struktur.

Sumber : AFP/SU/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa