Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bangunan Muzium Sirah Nabi dan Tamadun Islam dibuka di Madinah

Anggaran Waktu Membaca:
MADINAH: Gabenor Daerah Madinah dan Pengerusi Lembaga Pengarah bagi Lembaga Pembangunan Madinah Putera Faisal Bin Salman merasmikan bangunan baru Pameran Antarabangsa dan Muzium Sirah Nabi dan Tamadun Islam di Madinah.

Demikian dilaporkan Saudi Gazette.

Majlis perasmiannya dihadiri Setiausaha Agung Liga Dunia Islam berpangkalan di Arab Saudi, Sheikh DR. Mohammed Bin Abdulkarim Al-Isa. Beliau juga merupakan presiden Pertubuhan Ulama Islam dan pengerusi Lembaga Pengarah Pameran Antarabangsa dan Muzium Sirah Nabi.

Bangunan baru itu mempunyai pelbagai bahagian, yang mempamerkan lebih 25,000 keajaiban berkaitan nabi, dewan pawagam, bilik interaksi, kedai cenderahati, dan satu bahagian berkaitan dengan nabi, serta pemandangan deskriptif dan lain-lain lagi.

Ketika lawatannya ke muzium itu, gabenor Putera Faisal Bin Salman juga merasmikan bangunan teknologi inovasi yang menyerlahkan usaha Arab Saudi dalam khidmat al-Quran dan usaha-usaha antarabangsa kepada agama dan umat Islam seluruh dunia.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan