Bangunan konsulat AS di Chengdu ditutup rasmi atas arahan China
Beijing mengumumkan konsulat Amerika Syarikat di bahagian bandar barat daya China, Chengdu ditutup pada pagi Isnin (27 Jul) pagi, setelah mengarahkan kemudahan itu ditutup sebagai tindak balas setelah China diusir dari konsulatnya di Houston, Texas.

Papan tanda konsulat Amerika Syarikat di Chengdu, China diturunkan pada 26 Jul 2020 (Gambar: REUTERS/Thomas Peter)
CHENGDU: Beijing mengumumkan konsulat Amerika Syarikat di bahagian bandar barat daya China, Chengdu ditutup pada pagi Isnin (27 Jul) pagi, setelah mengarahkan kemudahan itu ditutup sebagai tindak balas setelah China diusir dari konsulatnya di Houston, Texas.
Polis di Chengdu menyekat laluan masuk ke kawasan sekitar konsulat itu pada pagi Isnin, dan empat pegawai memakai peralatan perlindungan diri (PPE) boleh dilihat berjalan menuju ke konsulat itu pada sekitar 10.24 pagi waktu tempatan.
China mengarahkan penutupan kemudahan itu pada Jumaat setelah Washington minggu lalu memberi China masa 72 jam untuk mengosongkan konsulatnya di Houston, dalam ketegangan yang memuncak antara dua ekonomi terbesar dunia itu.
Pihak berkuasa China mengambil alih konsulat Amerika Syarikat yang ditutup di Chengdu pada Isnin, menurut kementerian luar.
Beijing menyatakan bahawa penutupan konsulat Chengdu adalah "tindak balas yang sah dan perlu terhadap langkah-langkah yang tidak munasabah oleh Amerika Syarikat", dan mendakwa bahawa kakitangan di misi diplomatik membahayakan keselamatan dan kepentingan China.
Jurucakap kementerian luar Wang Wenbin berkata kepada para wartawan bahawa beberapa kakitangan Amerika Syarikat di konsulat Chengdu "terlibat dalam kegiatan di luar bidang mereka, campur tangan dalam urusan dalaman China, dan membahayakan keselamatan dan kepentingan China".
Sementara itu, para pegawai Washington berkata ada usaha yang tidak boleh diterima oleh konsulat China di Houston untuk mencuri rahsia korporat Amerika Syarikat serta penyelidikan perubatan dan saintifik.
Ketegangan telah memuncak antara dua kuasa ekonomi terbesar dunia itu dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan, pengendalian virus korona oleh China dan undang-undang keselamatan baru yang tegas untuk Hong Kong, dengan para pegawai Amerika Syarikat memberi amaran tentang "kezaliman baru" dari China.
Para diplomat China yang terakhir meninggalkan konsulat Houston pada Jumaat lalu, dengan para pegawai di sana dilihat memunggahkan karung besar dokumen dan barang-barang lain ke dalam lori, dan membuang sebahagiannya ke dalam tong sampah.
Beijing pada Sabtu menyatakan bahawa para agen Amerika Syarikat "secara paksa" memasuki konsulat Houston, yang menurutnya adalah "hak milik negara China".
Kenyataan itu memberi amaran bahawa "China akan bertindak balas sewajarnya dalam hal ini".
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.