Skip to main content

Dunia

Bangladesh tutup sementara universiti, kolej selepas bantahan ragut 6 nyawa

Anggaran Waktu Membaca:
DHAKA: Bangladesh menutup semua universiti negara itu termasuk universiti swasta mulai Rabu (17 Jul) hingga ke suatu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Ia menyusuli pertempuran yang semakin buruk di merata negara antara para penuntut yang menentang sistem kuota pekerjaan dalam sektor awam dengan para pelajar anggota parti Liga Awami yang memerintah.

Rusuhan-rusuhan yang berlaku minggu ini meragut nyawa enam orang dan mencederakan ramai yang lain.

Sistem kuota itu termasuk memberi 30 peratus pekerjaan awam kepada para anggota keluarga pejuang kemerdekaan negara itu dalam tahun 1971.

Golongan pelajar yang menentangnya menyifatkan sistem tersebut sebagai satu bentuk diskriminasi.

Mereka mendesak agar diamalkan sistem pengambilan pekerja berdasarkan merit.

Bangladesh mempunyai kadar tinggi belia yang menganggur.
Sumber : AGENCIES/MU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita