Bangladesh tidak lagi dapat tampung pelarian Rohingya, kata Penasihat Luar
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP)
DHAKA: Bangladesh mengulangi kenyataannya pada Ahad (8 Sep) bahawa ia tidak lagi dapat menampung sebarang kemasukan baharu pelarian Rohingya dan menggesa mana-mana negara dan pertubuhan yang mengesyorkan pengambilan selanjutnya supaya mereka berkongsi beban itu sendiri, menurut media Bangladesh.
"Kami telah menjelaskan kepada Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) bahawa tidak mungkin kami akan menerima lebih ramai Rohingya," kata Penasihat Luar Md Touhid Hossain kepada para wartawan di Kementerian Luar negara itu pada Ahad (8 Sep), lapor Bangladesh Sangbad Sangstha (BSS).
Beliau berkata, UNHCR telah meminta Bangladesh untuk melindungi pendatang baharu, yang pemerintah Bangladesh telah menolak dengan tegas.
Encik Hossain berkata, Bangladesh telah memberikan lebih banyak sokongan daripada yang dijangkakan, menjadi tuan rumah kepada 1.2 juta Rohingya atas dasar kemanusiaan.
"Mereka yang datang kepada kami dengan nasihat atau mereka yang ingin menasihati kami - biarkan mereka mengambil Rohingya," katanya.
Penasihat itu juga berkata, pemerintah Bangladesh sedang berusaha untuk menghalang kemasukan seterusnya pelarian Rohingya seboleh mungkin, walaupun menutup sempadan dengan Myanmar sepenuhnya masih menjadi cabaran.
Pada 3 September, Encik Hossain berkata, kira-kira 8,000 Rohingya baru-baru ini memasuki Bangladesh, melarikan diri dari konflik bersenjata di wilayah Rakhine di Myanmar.
Encik Hossain berkata, sempadan Bangladesh dengan Myanmar telah ditutup tetapi mengakui kesukaran untuk mengawal sepenuhnya sempadan itu.
Sejak 25 Ogos 2017, Bangladesh telah menjadi tuan rumah kepada lebih sejuta orang Rohingya yang dipindahkan secara paksa ke Cox's Bazar dan kebanyakan mereka tiba di sana menyusuli tindakan keras tentera Myanmar, yang disifatkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai "contoh penghapusan kaum etnik" dan lain-lain kumpulan hak asasi manusia menggelarkannya sebagai genosid.
Sepanjang tempoh tujuh tahun lalu, tiada seorang pun pelarian Rohingya pulang ke tanah air mereka.
Myanmar bersetuju menerima kepulangan Rohingya, tetapi percubaan penghantaran pulang gagal dua kali atas kebimbangan terhadap keselamatan pelarian Rohingya di wilayah Rakhine.

Sumber : Bernama/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.