Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bangladesh tahan bot bawa 119 pelarian Rohingya ke M'sia

Pengawal pantai Bangladesh berjaya memintas sebuah bot kayu yang membawa 119 pelarian Rohingya, yang hampir karam ketika dalam perjalanan ke Malaysia, menurut para pegawai pada Khamis (14 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Bangladesh tahan bot bawa 119 pelarian Rohingya ke M'sia

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 15 Nov 2019 01:15PM Dikemas Kini : 15 Nov 2019 01:18PM

TEKNAF: Pengawal pantai Bangladesh berjaya memintas sebuah bot kayu yang membawa 119 pelarian Rohingya, yang hampir karam ketika dalam perjalanan ke Malaysia, menurut para pegawai pada Khamis (14 Nov).

Hampir sejuta pelarian Rohingya kini tinggal di beberapa kem di sempadan Bangladesh dan Myanmar. Ramai daripada mereka melarikan diri ke negara-negara jiran untuk menyelamatkan diri daripada keganasan tentera pada 2017.

Ribuan juga mencuba nasib di beberapa negara jiran seperti Malaysia dan Thailand disebabkan kurangnya peluang pekerjaan dan pendidikan di kem-kem pelarian.

Menurut seorang jurucakap pengawal pantai, Saiful Islam kepada AFP, bot itu ditahan ketika berada di perairan Teluk Benggala, iaitu di luar pantai pulau Saint Martin di selatan Bangladesh, hasil maklumat nelayan.

“Kami mendapati bot itu dimasuki air akibat enjin rosak," kata Encik Saiful.

"Ia hampir karam. Jika kami lewat tiba di lokasi bot, ia pasti sudah tenggelam,”

Beliau berkata, seramai 119 pelarian, termasuk 58 wanita dan 14 kanak-kanak berada di dalam bot tersebut.

Menurutnya, ia adalah jumlah tertinggi yang dicatatkan sepanjang tahun ini, membabitkan pelarian Rohingya yang diselamatkan dari bot yang hampir karam.

Setakat ini, agensi penguatkuasaan undang-undang Bangladesh sudah menahan lebih 500 etnik Rohingya dari beberapa kampung di pesisiran pantai, sementara menunggu giliran menaiki bot untuk ke Malaysia.  

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan