Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bangladesh, Myanmar dilanda taufan Mocha

Anggaran Waktu Membaca:
COX'S BAZAR: Taufan Siklon Mocha beserta hujan lebat dan angin kencang yang melanda Bangladesh dan Myanmar menyebabkan penduduk di kawasan pantai berisiko kehilangan rumah mereka.

Taufan berkenaan yang membawa kelajuan angin sehingga 210 kilometer sejam dan ombak berketinggian empat meter dijangka menjejaskan lebih dua juta orang.

Portal berita BBC melaporkan, bencana alam itu menyebabkan lebih 1,300 pondok buluh di kem pelarian terbesar dunia, Cox’s Bazar, Bangladesh musnah.

Sementara lima orang pula dilaporkan terbunuh di Myanmar.

Dalam perkembangan sama, taufan itu turut menyebabkan tanah runtuh dan banjir juga melanda kawasan tersebut.

Di kawasan berdekatan pantai di Cox’s Bazar, polis tempatan meningkatkan kawalan keselamatan dengan memberi peringatan melaui pembesar suara menggesa pendudukan agar tinggal di dalam rumah semasa ribut melanda.

Ketika ribut melanda juga, jalan-jalan menjadi lenggang, langit bertukar gelap sementara angin semakin laju dan hujan turun dengan lebat.
Beratus-ratus orang pula berhimpun di sebuah sekolah di bandar itu yang dijadikan tempat perlindungan sementara.

Ibu-ibu dengan bayi serta kanak-kanak kecil dan warga tua yang uzur ditempatkan di ruang-ruang kosong yang ada dalam kelas.

Tidak ketinggalan ada mangsa yang tertidur di atas meja, tidak kurang yang melepaskan lelah di bawah meja.

Menurut laporan pihak berkuasa, lebih 500,000 orang dipindahkan dari kediaman mereka di sepanjang bahagian tenggara Bangladesh.

Ribuan mangsa tiba di tempat perlindungan sama ada dengan berjalan kaki atau menaiki beca dan membawa bersama ternakan mereka seperti lembu, ayam, kambing dan tidak ketinggalan tikar untuk dialas dan dijadikan tempat tidur.

Kebanyakan daripada mereka datang dari perkampungan nelayan dan pantai dengan sebahagiannya mengambil masa selama dua jam perjalanan untuk sampai ke tempat perlindungan, membuat pilihan yang sukar.
Sumber : Agensi berita/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan