Skip to main content

Dunia

Bangladesh mula pagar kem Rohingnya

Tentera Bangladesh mula membina pagar mengelilingi kem yang menempatkan ratusan ribu pelarian Rohingya walaupun terdapat aduan daripada pemimpin masyarakat dan kumpulan hak asasi.

Anggaran Waktu Membaca:
Bangladesh mula pagar kem Rohingnya

(Gambar:; AFP)

Diterbitkan : 10 Dec 2019 10:38PM Dikemas Kini : 10 Dec 2019 10:42PM

BALUKHALI: Tentera Bangladesh mula membina pagar mengelilingi kem yang menempatkan ratusan ribu pelarian Rohingya walaupun terdapat aduan daripada pemimpin masyarakat dan kumpulan hak asasi.

Seorang wakil AFP memaklumkan bahawa beliau menyaksikan pihak tentera memasang tiang bagi pagar berduri di sekeliling sebuah kem besar di Balukhali, daerah Cox’s Bazar di sempadan tenggara Bangladesh.

Pesuruhjaya pelarian Bangladesh, Encik Mahhbub Alam Talukder mengesahkan kepada AFP bahawa pembinaan itu sudah bermula, namun enggan mengulas lanjut.

Bulan lalu, ketua tentera, Jeneral Aziz Ahmed berkata, jurutera tentera sudah mula membina tiang dan tentera sudah mengeluarkan arahan bagi memasang pagar berduri.

Kem-kem tersebut menempatkan hampir sejuta orang yang kebanyakannya etnik Rohingya dengan 750,000 daripada mereka melarikan diri daripada operasi tentera di negara jiran Myanmar, sejak Ogos 2017.

Bangladesh dilihat semakin kecewa terutamanya sejak percubaan menghantar pulang mereka ke Myanmar gagal, Ogos lalu.

Para pelarian itu dilarang meninggalkan kem tersebut meskipun, keadaan tidak menentu mereka bermakna bahawa pihak berkuasa tidak boleh memerhatikan gerak-geri mereka.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita