Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bangladesh mohon bantuan SG dapatkan semula berbilion dolar dipindahkan secara haram

Ketua Penasihat Pemerintah Sementara Bangladesh Dr Muhammad Yunus pada Ahad (10 Nov) menggesa Singapura supaya membantu untuk mendapatkan semula wang berbilion dolar terbabit dalam penggubahan wang haram dari Bangladesh, serta mengurangkan kos penghijrahan dari negara itu, menurut United News of Bangladesh (UNB).

Anggaran Waktu Membaca:
DHAKA: Ketua Penasihat Pemerintah Sementara Bangladesh Dr Muhammad Yunus pada Ahad (10 Nov) menggesa Singapura supaya membantu untuk mendapatkan semula wang berbilion dolar terbabit dalam penggubahan wang haram dari Bangladesh, serta mengurangkan kos penghijrahan dari negara itu, menurut United News of Bangladesh (UNB).

"Sejumlah besar wang telah dipindahkan keluar dari Bangladesh ke banyak negara, termasuk Singapura," lapor UNB yang memetik kenyataan Prof Yunus kepada Duta Besar Singapura ke Bangladesh, Derek Loh, ketika mereka berbincang selama kira-kira satu jam.

Ketua Penasihat itu semasa pertemuan di pejabatnya di Tejgaon berkata: "Kami memerlukan kerjasama penuh Singapura."

Duta Besar Loh telah berjanji untuk bekerjasama dengan Dhaka, menurut unit media Ketua Penasihat itu.

Dr Yunus juga menggesa Singapura supaya bekerjasama dengan Dhaka dalam matlamatnya untuk mengurangkan kos pengambilan pekerja dari Bangladesh dengan ketara.

Menurutnya, pemerintah sementara Bangladesh mahu menurunkan kos penghijrahan dengan tujuan membantu pekerja luar negara dari negara itu menghantar lebih banyak wang kepada keluarga mereka.

"Kami boleh mewujudkan struktur model dengan Singapura untuk mengurangkan kos pengambilan," kata Prof Yunus.
Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan