Bangladesh minta kerjasama China hantar pulang pelarian Rohingya
Anggaran Waktu Membaca:
DHAKA: Bangladesh pada Ahad (8 Ogos) meminta kerjasama China untuk menghantar pulang pelarian Rohingya, yang ketika ini berada di negara itu, ke Myanmar.
Demikian disuarakan ketika lawatan kerja Menteri Luar China,Wang Yi, yang menjanjikan hubungan perdagangan lebih baik, pelaburan serta sokongan dalam pembangunan prasaranan di negara Asia Tenggara itu.
China sebelum ini menggunakan pengaruhnya di Myanmar untuk menjadi orang tengah dalam sebuah perjanjian pada November 2017 bagi menghantar pulang sekitar 700,000 pelarian Rohingya yang melarikan diri daripada penindasan di Myanmar pada Ogos tahun berkenaan.
Meskipun pelbagai usaha dilakukan untuk menghantar mereka pulang, para pelarian Rohingya itu berkeras enggan berbuat demikian kerana bimbang akan bahaya yang bakal berlaku jika berada di Myanmar.
Ini diburukkan lagi dengan rampasan kuasa oleh tentera pada tahun lalu.
Encik Wang tiba di Dhaka pada Sabtu (6 Ogos) dan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Sheikh Hasina serta Menteri Ehwal Luar AK Abdul Momen.
Para pemimpin itu berbincang mengenai hubungan dua hala dan isu-isu global sebelum Encik Wang mengakhiri lawatannya pada Ahad.
“Menteri luar kami dengan tegas mengulangi bahawa kerjasama China diperlukan. China sudah berjaya menghuraikan isu pelarian Rohingya dan kami perlu situasi itu berakhir, kata Menteri Rendah Ehwal Luar Bangladesh Shahriar Alam.
Penganalisis dan Duta Bangladesh di Beijing, Munshi Faiz Ahmad, berkata lawatan Encik Wang amat penting bagi kedua-dua negara.
"Bagi menghuraikan krisis Rohingya, Bangladesh memerlukan sokongan daripada China. Jadi lawatan ini memperkukuhkan lagi hubungan dua hala kedua-dua negara," kata beliau.
"Untuk kami, China sangat penting. Kami juga perlu mengekalkan hubungan baik dengan India dan Amerika Syarikat (AS) kerana mereka juga adalah rakan-rakan kongsi pembangunan penting bagi Bangladesh.
"Tiada apa yang perlu digeruni dek hubungan akrab antara Bangladesh dengan China," kata beliau.

Sumber : AP/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.