Bangladesh lancarkan khidmat kereta api pertama bagi kurangkan kesesakan trafik di Dhaka
Anggaran Waktu Membaca:

Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina (kiri) menghadiri majlis perasmian perkhidmatan kereta api metro di Dhaka pada 28 Dis 2022. (Gambar: AFP/Sazzad Hossain)
DHAKA: Bangladesh melancarkan khidmat kereta api metro pertamanya yang kebanyakannya dibiayai oleh Jepun, di ibu kota yang padat dengan penduduk pada Rabu (28 Dis).
Ini di tengah-tengah semangat pembangunan negara Asia Selatan itu diteruskan dengan dana tempatan dan juga dariluar negara.
Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina merasmikan perkhidmatan itu diiringi dengan Duta Besar Jepun yang baru dilantik, Kiminori Iwama dan Ichiguchi Tomohide, ketua wakil Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun atau JICA.
"Kami menambah satu lagi kebanggaan kepada mahkota rakyat Bangladesh hari ini. Satu lagi kebanggaan untuk pembangunan Bangladesh," kata beliau semasa acara perasmian.
Cik Hasina menggunakan upacara itu untuk memperingati enam jurutera kereta api Jepun yang bekerja dalam projek itu, yang terbunuh semasa serangan ke atas kafe Dhaka oleh pelampau Islam pada 2016. Seramai 29 orang maut, termasuk 20 tebusan.
Pada Jun, Cik Hasina merasmikan jambatan sepanjang 6.51 kilometer merentasi Sungai Padma, yang dibina oleh China dengan kos sekitar AS$3.6 bilion (S$4.8 bilion) yang ditanggung menggunakan dana tempatan.
Ia adalah salah satu daripada lebih 100 jambatan yang dirasmikan Cik Hasina sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
Pembangkang sering menuduh pemerintah Cik Hasina melakukan rasuah dalam melaksanakan projek besar, namun beliau menafikan dakwaan tersebut.
Versi terhad khidmat kereta api itu dilancarkan pada Rabu dan dijangka berkembang kepada lebih 100 stesen dan enam laluan merentasi bandar menjelang 2030.
Laluan pertama itu menghubungkan kejiranan utama di pinggir Dhaka dengan pusat bandar.
Ia dibina dengan harga AS$2.8 bilion (S$3.7 bilion) dan sebahagian besar projek itu dibiayai oleh JICA.
Laluan tersebut dijangka membawa 60,000 orang setiap jam apabila ia beroperasi sepenuhnya, menurut dokumen projek.
Dhaka adalah salah satu bandar dengan penduduk paling padat di dunia dengan lebih 20 juta orang yang berulang-alik di jalan raya yang sesak.
Menurut penyelidikan Universiti Kejuruteraan dan Teknologi Bangladesh, ekonomi di Dhaka kerugian kira-kira AS$3 bilion (S$4 bilion) setiap tahun dalam masa kerja yang hilang akibat kesesakan trafik.
Encik Iwama, duta Jepun, menekankan hubungan yang terjalin sekian lama antara Bangladesh dengan Jepun.
Beliau juga menarik perhatian mengenai komitmennya untuk mengeratkan hubungan kerana Jepun akan membuat lebih banyak pelaburan dengan Bangladesh.
Ketua JICA, Encik Tomohide berkata projek kereta api metro itu adalah "contoh baik" kerjasama antara kedua-dua negara dan akan "mengubah kehidupan rakyat biasa di Dhaka".

Sumber : AP/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.