Skip to main content

Dunia

Bangladesh lancar kempen vaksinasi campak sedang jangkitan terus menular

Anggaran Waktu Membaca:
Bangladesh lancar kempen vaksinasi campak sedang jangkitan terus menular

Seorang kanak-kanak berusia setahun yang dijangkiti sakit campak menerima rawatan di Hospital Penyakit Berjangkit di Dhaka, Bangladesh, pada 9 September 2026. (Gambar fail: Reuters/Mohammad Ponir Hossain)

Diterbitkan : 27 Sep 2026 07:05AM
Bangladesh launches measles vaccination campaign as infections continue to spread
  • Bangladesh began a nationwide measles-rubella vaccination campaign on Sep 26, targeting 3.4 million children aged between six and 59 months.
  • The month-long campaign was launched as the US Centers for Disease Control and Prevention said Bangladesh is facing the world’s largest measles outbreak, with more than 1,000 deaths.
  • Ministry of Health data since Mar 15 recorded nearly 187,000 suspected cases, 21,099 confirmed infections and more than 165,000 hospital admissions.
  • Experts linked the crisis to disruptions to immunisation in 2024 and 2025, vaccine-related issues, and added strain from a seasonal dengue surge.
Dijana oleh AI

DHAKA: Bangladesh melancarkan kempen vaksinasi campak-rubela di seluruh negara pada Sabtu (26 September), menyasarkan 3.4 juta kanak-kanak yang belum divaksinasi atau terlepas suntikan, di tengah-tengah wabak campak paling dahsyat pernah melanda negara itu; wabak ini telah mengorbankan lebih 1,000 nyawa dan menjangkiti puluhan ribu orang.

Kempen selama sebulan ini bertujuan untuk memberikan vaksin kepada kanak-kanak berusia antara 6 bulan hingga 59 bulan yang terlepas usaha imunisasi terdahulu, selepas pihak berkuasa menurunkan had umur minimum vaksinasi daripada usia lazim 9 bulan akibat wabak tersebut.

Wabak ini telah mendedahkan kelemahan dalam sistem imunisasi kanak-kanak dan meningkatkan tekanan terhadap perkhidmatan kesihatan, yang berdepan lonjakan bermusim jangkitan denggi.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat, Bangladesh kini sedang mengalami wabak campak terbesar di dunia. Negara itu telah merekodkan 1,087 kematian yang disahkan atau disyaki berkaitan campak, termasuk 101 kematian yang disahkan melalui ujian makmal.

Data Kementerian Kesihatan Bangladesh menunjukkan bahawa sejak 15 Mac, pihak berkuasa telah melaporkan hampir 187,000 kes yang disyaki dan 21,099 jangkitan yang disahkan, dengan lebih 165,000 orang dimasukkan ke hospital.

Pakar kesihatan mengaitkan krisis ini dengan gangguan terhadap program imunisasi rutin pada 2024 dan 2025, apabila pergolakan politik, perubahan dalam pemerolehan vaksin, serta penangguhan atau pembatalan kempen vaksinasi menyebabkan ramai kanak-kanak tidak mendapat perlindungan.

Kegagalan mendapatkan vaksin dan gangguan bekalan vaksin menyebabkan kanak-kanak terdedah kepada jangkitan - terutamanya bayi berusia bawah 9 bulan yang terlalu muda untuk menerima imunisasi rutin campak - sekali gus menyumbang kepada penularan merentas pelbagai peringkat usia.

Sumber : Reuters/AY/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita