Bangladesh halang 115 pelarian Rohingya yang cuba larikan diri ke M'sia
Polis Bangladesh menghalang seramai 115 pelarian Rohingnya daripada diseludup ke Malaysia dalam sampan-sampan nelayan kecil, menurut para pegawai pada Sabtu (6 Apr). Bagaimanapun, tiada suspek penyeludupan ditahan.
DHAKA: Polis Bangladesh menghalang seramai 115 pelarian Rohingya daripada diseludup ke Malaysia dalam sampan-sampan nelayan kecil, menurut para pegawai pada Sabtu (6 Apr). Bagaimanapun, tiada suspek penyeludupan ditahan.
Kumpulan dari kem Kutupalong berdekatan sempadan Bangladesh dengan Myanmar - tempat perlindungan pelarian terbesar di dunia - dihalang sedang mereka menuju untuk menaiki sampan-sampan di Teluk Benggala.
Operasi tersebut, yang dijalankan pada lewat Jumaat adalah di antara percubaan terbaru para pelarian Rohingya untuk meninggalkan kem-kem pelarian yang kotor dan mencari perlindungan di Malaysia, sebuah negara yang lebih makmur dan majoriti penduduknya beragama Islam.
"Kami menahan satu konvoi yang melibatkan 15 beca bermotor dan menyelamatkan 50 lelaki, 39 wanita dan 26 kanak-kanak," menurut pegawai polis Bangladesh, Encik Anwar Hossain kepada AFP.
"Bagaimanapun kami tidak dapat memberkas sebarang penyeludup."
Menurut pegawai itu, para pelarian Rohingya yang sudah membayar wang kepada para penyeludup, akan dibawa pulang ke kem pelarian.
Sekitar 740,000 penduduk minoriti Muslim Rohingya melarikan diri dari Myanmar ke Bangladesh menyusuli serangan kejam pihak tentera pada Ogos 2017, di negara yang majoriti penduduknya penganut Buddha itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.