Bangladesh dakwa anggota pengaman terbunuh, cedera dalam serangan ke atas pangkalan PBB di Sudan
Sekurang-kurangnya enam anggota pengaman Bangladesh terbunuh, dan lapan lagi cedera, dalam satu serangan dron ke atas sebuah pangkalan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Abyei, Sudan, menurut Angkatan Tentera Bangladesh pada Sabtu (13 Dis).
Anggaran Waktu Membaca:
DHAKA: Sekurang-kurangnya enam anggota pengaman Bangladesh terbunuh, dan lapan lagi cedera, dalam satu serangan dron ke atas sebuah pangkalan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Abyei, Sudan, menurut Angkatan Tentera Bangladesh pada Sabtu (13 Dis).
“Keadaan di kawasan itu masih tidak stabil, dan pertempuran dengan pihak pengganas masih berterusan,” menurut kenyataan itu, sambil menambah bahawa pihak berkuasa sedang berusaha sedaya upaya untuk menyediakan rawatan perubatan dan operasi menyelamat bagi mereka yang cedera.
Bangladesh merupakan antara penyumbang terbesar kepada misi pengaman PBB, dan tenteranya sudah lama dikerahkan di Abyei, sebuah wilayah bergolak yang dipertikaikan antara Sudan dan Sudan Selatan.
Semua mangsa merupakan warga Bangladesh yang berkhidmat dalam Pasukan Keselamatan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Abyei (UNISFA).
“Serangan yang menyasarkan anggota pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu boleh dianggap sebagai jenayah perang di bawah undang-undang antarabangsa,” kata Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, yang menggesa agar pihak bertanggungjawab atas serangan “yang tidak wajar” itu dibawa ke muka pengadilan.
Tentera Sudan menyalahkan Rapid Support Forces (RSF) atas serangan tersebut. RSF ialah sebuah kumpulan separa tentera yang terkenal dan sudah berperang dengan tentera untuk menguasai negara itu selama lebih dua tahun.
Serangan tersebut “jelas mendedahkan pendekatan subversif kumpulan bersenjata pemberontak dan pihak-pihak di belakangnya,” menurut tentera Sudan dalam satu kenyataan.

Sumber : Agensi berita/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.