Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bangladesh bakal import 500,000 tan gandum dari Rusia

Anggaran Waktu Membaca:
DHAKA: Bangladesh dijangka akan mengimport 500,000 tan gandum dari Rusia pada harga AS$430 (S$600.46) bagi setiap tan berdasarkan perjanjian antara pemerintah kedua-dua negara itu.

Ini sedang Bangladesh bergelut untuk mendapatkan bekalan di tengah-tengah harga yang melambung tinggi, menurut dua pegawai pemerintah pada Ahad (28 Ogos) yang berpengetahuan tentang perkara tersebut.

Negara Asia Selatan itu adalah antara pengimport yang terjejas teruk akibat gangguan pada eksport bijirin dari Ukraine dan Rusia.

Bangladesh sudah meneroka cara-cara lain untuk mengimport bijirin itu sejak pembekal terbesarnya, India mengenakan sekatan eksport bijirin pada Mei lalu.

Perjanjian dengan Rusia akan dimeterai dalam masa beberapa hari lagi dan penghantarannya akan dilakukan secara bertahap-tahap menjelang Januari, kata salah seorang pegawai tersebut.

Bangladesh akan membayar dalam bentuk mata wang dolar Amerika termasuk kos pengangkutan, insurans dan pemunggahan.

Penasihat Perdana Menteri berhubung perindustrian dan pelaburan swasta , Salman Fazlur Rahman memberitahu Reuters bahawa Bangladesh membeli bijirin dan baja dari Rusia.

"Kami boleh membuat pembayaran dalam mata wang dolar untuk import bijirin makanan dan baja dari Rusia melalui 24 bank global, tanpa sekatan dikenakan ke atas import berkenaan," kata beliau.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan