Skip to main content

Dunia

Bangladesh adakan pilihan raya umum pada separuh pertama April 2026

Anggaran Waktu Membaca:
Bangladesh adakan pilihan raya umum pada separuh pertama April 2026

Muhammad Yunus, ketua pemerintah sementara Bangladesh, menghadiri mesyuarat tahunan ke-55 Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada 23 Jan, 2025. (Gambar fail: REUTERS/Yves Herman)

Diterbitkan : 07 Jun 2025 08:07AM Dikemas Kini : 07 Jun 2025 08:51AM
DHAKA: Bangladesh akan mengadakan Pilihan Raya Umum pada separuh pertama April 2026, kata ketua pemerintah sementara negara itu pada Jumaat (6 Jun), menyusuli tempoh pemerintahan sementara di Bangladesh sejak Perdana Menteri Sheikh Hasina digulingkan dalam bantahan pimpinan pelajar.

Pentadbiran yang diterajui oleh Muhammad Yunus, seorang pemenang Hadiah Nobel, telah memimpin negara Asia Selatan dengan 173 penduduk itu sejak Ogos lalu, selepas Hasina melarikan diri ke India susuli bantahan terhadap pemerintahnya.

Namun, pentadbiran pimpinan Yunus berdepan ketidakpuasan hati dalam beberapa minggu kebelakangan ini, dengan bantahan berlaku pada bulan lalu berhubung tuntutan gaji dan perintah berkaitan pemecatan kakitangan awam kerana salah laku tanpa melalui prosedur yang panjang.

"Selepas menyemak kegiatan pembaharuan yang sedang berlangsung..., saya mengumumkan kepada rakyat hari ini bahawa pilihan raya umum seterusnya akan diadakan pada mana-mana hari pada separuh pertama April 2026," kata Yunus dalam ucapannya kepada rakyat Bangladesh pada Jumaat.
Sumber : Agensi berita/HA/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita