Bangkok yakin dapat tangani lonjakan kes akibat Omicron
Pihak berkuasa di ibu kota Thailand menyatakan bahawa mereka sudah bersedia menangani lonjakan kes yang boleh berlaku akibat varian Omicron.
(Gambar fail: Athit Perawongmetha/Reuters)
BANGKOK: Pihak berkuasa di ibu kota Thailand menyatakan bahawa mereka sudah bersedia menangani lonjakan kes yang boleh berlaku akibat varian Omicron.
Ini setelah hospital-hospital di lapangan dan pelbagai kemudahan jagaan kesihatan siap beroperasi.
Agensi-agensi tempatan juga sudah memperhebat proses pemeriksaan ke atas para pengunjung warga asing - terutama sekali bagi penumpang yang tiba dari negara-negara berisiko tinggi.
Para pegawai Bangkok menekankan tentang peri pentingnya memastikan jumlah katil dan peralatan perubatan mencukupi.
Pada masa yang sama, ia akan melindungi para kakitangan jagaan kesihatan menerusi vaksinasi dan ujian secara kerap.
Thailand melaporkan kes pertama varian Omicron seminggu lalu.
Sejak itu, siasatan dijalankan di beberapa hotel demi mengekang sebarang penularan wabak itu.
Baru beberapa bulan lalu, Thailand berdepan dengan gelombang ketiga COVID-19. Beribu-ribu kes dilaporkan setiap hari.
Sebanyak 4,079 kes baru dicatat sepanjang tempoh 24 jam lalu dan ini membawa jumlah keseluruhan kes di Thailand melepasi dua juta jangkitan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.