Bangkok laksana langkah bekerja dari rumah selepas mutu udara merosot
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Lillian SUWANRUMPHA / AFP)
BANGKOK: Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) menggesa sektor awam dan swasta melaksanakan langkah Bekerja Dari Rumah (WFH) dari 20 hingga 21 Jan 2025 selepas tahap zarah halus PM2.5 diramal meningkat di ibu kota negara itu.
Jurucakap BMA, Aekvarunyoo Amrapala dalam kenyataan pada Jumaat (17 Jan) berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan ramalan cuaca yang menunjukkan sekurang-kurangnya 35 daripada 50 daerah di Bangkok berpotensi mengalami peningkatan tahap PM2.5, meletakkan pencemaran itu dalam zon warna jingga.
"Jika tahap pencemaran kekal atau bertambah buruk, arahan WFH mungkin dilanjutkan sehingga 24 Januari 2025. Agensi dan rangkaian berkaitan yang terlibat dalam pelaksanaan langkah ini telah dimaklumkan lebih awal bagi mengurangkan gangguan," katanya lagi.
Beliau berkata, lebih 80 kawasan aktiviti pembakaran terbuka dikesan antara 11 hingga 15 Jan, yang menyumbang kepada peredaran udara yang lemah di kawasan ibu kota.
Sesuatu kawasan dikategorikan sebagai zon warna jingga apabila kepekatan PM2.5 berada dalam lingkungan 37.6 hingga 75.0 mikrogram bagi setiap meter padu.
Di kawasan sebegini, orang ramai dinasihatkan supaya memakai pelitup dan mengehadkan aktiviti luar.
Aekvarunyoo turut memaklumkan, pihak sekolah diberi kuasa untuk menentukan sama ada mahu menutup atau tidak institusi itu sepanjang tempoh tersebut bergantung kepada tahap pencemaran dan budi bicara masing-masing.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.