Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bangkok diselubungi jerebu, catat indeks pencemaran udara tidak sihat

Jerebu menyelubungi Bangkok dan 42 wilayah di Thailand pada Jumaat (3 Feb) apabila skala PM2.5 direkodkan melebihi paras selamat iaitu 50 mikrogram setiap meter padu (ug/m3).

Anggaran Waktu Membaca:

BANGKOK: Jerebu menyelubungi Bangkok dan 42 wilayah di Thailand pada Jumaat (3 Feb) apabila skala PM2.5 direkodkan melebihi paras selamat iaitu 50 mikrogram setiap meter padu (ug/m3).

Wilayah yang terjejas termasuk Nonthaburi, Samut Prakan, Ayutthaya, Buriram, Chiang Mai, Chiang Rai dan Chon Buri.

Setakat pukul 6.00 petang (waktu tempatan) tadi, bacaan indeks kualiti udara (AQI) Bangkok direkodkan pada 152 pada IQAir, menurut platform penjejakan kualiti udara Switzerland.

Bacaan AQI melebihi 100 dianggap 'tidak sihat', manakala bacaan melebihi 200 adalah 'sangat tidak sihat' sementara tahap yang melebihi 300 dikategori sebagai 'berbahaya'.

Jabatan Kawalan Pencemaran menjelaskan tahap pencemaran udara tidak sihat PM2.5 adalah disebabkan oleh pencemaran udara di atmosfera.

Orang ramai dinasihatkan untuk tinggal di dalam rumah dan mengurangkan aktiviti luar serta menggalakkan bekerja dari rumah.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Thailand meramalkan bahawa pencemaran udara akan berkurangan pada Sabtu (4 Feb).

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan