Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bangkok, Chiang Mai dibuka semula kepada pelancong divaksin mulai 1 Okt

Berikutan kejayaan 'Phuket Sandbox' dan 'Samui Plus', Thailand merancang untuk membuka semula lebih banyak destinasi pelancongan popularnya mulai bulan depan bagi menghidupkan kembali industri pelancongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Bangkok, Chiang Mai dibuka semula kepada pelancong divaksin mulai 1 Okt

Bandar kedua terbesar di Thailand, Chiang Mai kaya dengan budaya dan khazanah masakan yang menjadikannya wajar untuk ditonjolkan dalam Michelin. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 06 Sep 2021 09:16PM Dikemas Kini : 06 Sep 2021 09:17PM

BANGKOK: Berikutan kejayaan 'Phuket Sandbox' dan 'Samui Plus', Thailand merancang untuk membuka semula lebih banyak destinasi pelancongan popularnya mulai bulan depan bagi menghidupkan kembali industri pelancongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Timbalan Jurucakap Kementerian Luar Natapanu Nopakun berkata Bangkok dan empat wilayah lain iaitu Chonburi, Phetchaburi, Prachuap Khiri Khan dan Chiang Mai akan dibuka semula kepada pelancong yang sudah divaksin mulai 1 Oktober.

"Ia akan diikuti 21 wilayah lain pada pertengahan Oktober, yang perinciannya akan diumumkan bila tiba masanya," katanya semasa taklimat harian COVID-19 hari ini (6 Sep).

Sejak dibuka semula, Phuket menyambut 26,400 pengunjung sepanjang dua bulan pertama dari 1 Julai hingga 31 Ogos sekali gus menjana pendapatan bernilai 1.63 billon Baht (S$67.3 juta).

Di bawah program 'Samui Plus' pula, pelancong berpeluang mengunjungi Koh Samui, Koh Pha-ngan dan Koh Tao. Sejak dimulakan pada 15 Julai sehingga 31 Ogos lalu, Penguasa Pelancongan Thailand (TAT) memaklumkan program itu sudahpun menerima 918 pengunjung dengan 6,329 tempahan bilik, menghasilkan pendapatan 37.6 juta Baht.

Menurut kenyataan TAT, kebanyakan pelancong berasal dari Eropah dan Amerika Syarikat.

Setakat ini, Thailand sudahpun memberikan 35.91 juta dos vaksin termasuk 25.23 juta dos pertama.

Sementara itu, Pejabat Sheikul Islam (SIO) di Thailand juga membenarkan semula solat berjemaah di masjid-masjid masyarakat dengan sekurang-kurangnya 70 peratus penduduk berusia 18 tahun ke atas sudahpun menerima suntikan vaksin COVID-19.

Encik Natapanu berkata ahli jawatankuasa Islam di masjid dan para jemaah mestilah mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

"Waktu solat dihadkan kepada 30 minit dan solat Jumaat tidak lebih 45 minit," ujarnya.

Sementara itu, Thailand mencatatkan 13,988 kes baru COVID-19 dan 187 kematian dalam tempoh 24 jam. Ini membawa jumlah keseluruhan jangkitan kepada 1,294,522 dan korban jiwa seramai 13,042 orang. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan