Bangkit dan bangkitnya PAS dalam politik Malaysia
Anggaran Waktu Membaca:

MALAYSIA: Dengan rasminya penubuhan kabinet kerajaan Malaysia pada Sabtu (3 Dis), tahun 2022 akan dikenang dengan pelbagai kejutan politik.
Misalnya, Anwar Ibrahim akhirnya menjadi Perdana Menteri; Mahathir Mohamad hilang deposit dalam pilihan raya; Najib Razak masuk penjara; dan Barisan Nasional walaupun kalah teruk dalam sejarahnya, tetap ada Timbalan Perdana Menteri dalam kabinet baru.
Satu lagi kejutan semestinya ialah fenomena "bangkit dan bangkitnya" Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dalam politik Malaysia.
Parti itu menang 49 daripada 222 kerusi Dewan Rakyat sekali gus menjadi parti individu paling besar dalam parlimen Malaysia sekarang ini.
PAS juga menang kesemua 14 kerusi parlimen di negeri Kelantan.
Juga buat pertama kalinya dalam sejarah, menang kesemua lapan kerusi di Terengganu selain mencatat kemajuan kukuh di Perlis dan Kedah.
PAS malah memeranjatkan ramai dengan merampas kerusi Permatang Pauh daripada puteri reformasi Nurul Izzah di Pulau Pinang, yang sememangnya kubu kuat Pakatan Harapan.
Pengurus Kanan Unit Tadbir Urus & Demokrasi badan pemikir IDEAS Malaysia Cik Aira Nur Ariana Azhari berkata: "Apa yang tidak dijangka ramai adalah gelombang di negeri-negeri utara khususnya yang mana ramai nama besar Parti Keadilan Rakyat dan Parti Amanah kalah. Saya rasa tidak ramai menjangkakan itu."
PENGUNDI MELAYU MAHUKAN KELAINAN?
Menurut para penganalisis, perkembangan itu suatu gelombang perubahan dalam landskap politik Malaysia dengan jenama politik agama PAS semakin menjadi tarikan.
"Kami memerlukan ke arah pemerintahan yang membawa kami ke arah keislaman dengan keadaan negara yang macam-macam kita tengok sekarang.
"Jadi lebih baik kita mahu kepimpinan ulama," kongsi seorang penduduk Perlis kepada Mediacorp.
"Perlis ini mahukan perubahan. Jadi sekian lama di bawah kepimpinan Barisan Nasional, sekarang Perikatan Nasional sudah menang di Perlis, apa salahnya kita tukar kepimpinan yang baru?" kata seorang lagi penduduk.
Cik Aira menambah, kepercayaan terhadap UMNO dan BN dalam kalangan pengundi Melayu menjunam teruk.
"Dan kepercayaan itu beralih kepada Perikatan Nasional (PN), terutama sekali PAS," kata beliau.
"Ada banyak sebab tentang perkara ini termasuk kes-kes mahkamah yang sedang diharungi para pemimpin UMNO khususnya menjejas kepercayaan orang Melayu."
PAS JUGA MENANG DALAM MEDIA SOSIAL
Daripada enam juta pengundi baru dalam PRU15, sekitar 1.4 juta berusia 18 hingga 20 tahun iaitu golongan yang kerap menggunakan media sosial.
Para penganalisis menarik perhatian PN yang meliputi PAS, menyerlah dalam media sosial termasuk wadah TikTok kali ini.
Cabaran video 'Swipe' yang cukup viral di kalangan pengguna TikTok ketika itu, turut dimanfaatkan oleh PN.
Salah satu video 'Swipe' yang menampilkan Muhyiddin Yassin misalnya menarik lebih empat juta tontonan.
"Ramai belia beragama menggunakan TikTok sebagai platform untuk berdakwah dan berpolitik. Semasa PRU15, mereka menggunakan platform ini lebih agresif dan membantu PAS mendapat sokongan belia," ujar Dr Mohd Nadzri Mohd Noor, Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia.
BIMBANG TENTANG "GELOMBANG HIJAU"
Namun, "gelombang hijau" yang melanda utara Malaysia itu juga menimbulkan persoalan, sama ada negara itu akan turut berubah menjadi lebih konservatif pada masa depan.
Yang pasti, ada kebimbangan di kalangan masyarakat kaum minoritinya berhubung pengaruh PAS yang semakin kuat.
Ini komen seorang anggota masyarakat Cina di Perlis kepada Mediacorp: "Kerajaan di Perlis... PAS sudah ambil. Kita tidak tahu kerajaan PAS mahu jadi apa. Jadi tidak tahu lagi, apa aturan mereka buat, bagaimana mereka."
Sentimen serupa juga diluahkan pengundi kaum India di negeri itu yang mengadu susah mendapatkan bantuan untuk orang India.
"Dulu BN boleh dapat juga tetap tidak banyak macam barang mereka bagi. Yang PAS ini takut juga, mungkin (kami) dikecualikan?" katanya.
Ada juga menekankan harapan agar PAS tidak mengambil pendekatan berbaur perkauman semasa mentadbir negeri itu nanti.
TAPI, APA LAGI YANG PAS INGINKAN?
Yang pasti, berapa besar lagi kebangkitan dan pengaruh PAS akan berlaku menjelang PRU seterusnya, masih menjadi tanda tanya.
"Persoalannya, apakah kemampuan dan keinginan PAS terutama dalam peringkat kepimpinan yang tertinggi? Untuk mengeluarkan kenyataan perli memerli memang berlaku. Ia adalah sebahagian daripada politik," kata Penyelidik Eksekutif IDEAS Malaysia Halmie Azrie Abdul Halim.
"Cuma dari sudut peringkat dasar, perdebatan dan juga proses untuk membuat sesuatu keputusan itu harus disertai dengan lebih berkesan."
Selain itu, sekitar separuh pemenang kerusi dalam PRU15 juga merupakan muka baru yang dipertaruhkan PAS.
Buat masa ini, dalam menambat undi Melayu di kalangan parti-parti Melayu, PAS nampaknya berada di hadapan berbanding UMNO dan Bersatu.

Sumber : BERITA Mediacorp/CNA/RU/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.