Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bangkai ikan busuk kotori pantai peranginan Thai

Ratusan ekor ikan mati terdampar di pantai sebuah resort pelancongan mewah di selatan Thailand, menyelubungi kawasan pantai pasir putih dengan bau bangkai, menurut para pegawai pada Sabtu (26 Oktober).

Anggaran Waktu Membaca:
Bangkai ikan busuk kotori pantai peranginan Thai

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 27 Oct 2019 10:36PM Dikemas Kini : 27 Oct 2019 10:41PM

BANGKOK: Ratusan ekor ikan mati terdampar di pantai sebuah resort pelancongan mewah di selatan Thailand, menyelubungi kawasan pantai pasir putih dengan bau bangkai, menurut para pegawai pada Sabtu (26 Oktober).

Ketua perikanan wilayah Phuket, Siripong Panasonthi memberitahu AFP bahawa sekitar 300 meter pantai di pulau Naka Yai dicemari bangkai ikan. Beliau menambah pihak berkuasa sedang menyiasat punca kematian ikan begitu banyak, namun menolak kemungkinan berlakunya pencemaran air.

"Kami sudah memeriksa mutu air... Ia mustahil menjadi punca kematian begitu banyak ikan," kata Encik Siripong.

Beliau menambah bahawa ikan jenis 'ponyfish' itu berharga apabila ditangkap hidup-hidup dan dijual sebagai makanan haiwan, namun tidak lagi berharga apabila sudah mati.

Timbunan ikan yang terdampar itu menurut beliau, dipercayai dibuang oleh bot pemancing setempat.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan