Skip to main content

Dunia

Bangkai gajah Sumatera tanpa kepala ditemui di Indonesia

Seekor gajah Sumatera yang diancam kepupusan ditemui mati  di Indonesia dengan kepalanya dipenggal dan  gadingnya hilang. Agensi pemuliharaan Indonesia mendedahkan demikian pada Isnin (12 Jul) sedang ia memulakan siasatan terhadap pemburuan haram.

Anggaran Waktu Membaca:
Bangkai gajah Sumatera tanpa kepala ditemui di Indonesia

Bedah siasat mendapati gajah ini diracun. (Gambar: Cekmad/AFP)

Diterbitkan : 12 Jul 2021 10:24PM Dikemas Kini : 12 Jul 2021 10:25PM

BANDA ACEH: Seekor gajah Sumatera yang diancam kepupusan ditemui mati di Indonesia dengan kepalanya dipenggal dan gadingnya hilang. Agensi pemuliharaan Indonesia mendedahkan demikian pada Isnin (12 Jul) sedang ia memulakan siasatan terhadap pemburuan haram.

Bangkai gajah yang sudah mula reput itu ditemui pada Ahad di sebuah ladang kelapa sawit di Aceh, Sumatera. Hasil bedah siasat mendapati haiwan berkenaan telah diracun.

"Bangkai gajar liar itu didapati dalam keadaan tragik dengan kepalanya hilang," kata Rosa Rika Wahyuni, seorang doktor veterinar di agensi pemuliharaan Aceh.

"Kami menemui racun dalam sistem penghadamannya," tambah beliau.

Bagaimanapun tidak jelas berapa lama gajah jantan itu, yang dianggarkan berusia 12 tahun, telah mati.

Penebangan hutan yang berleluasa mengurangkan habitat semula jadi bagi gajah dan menimbulkan konflik antara haiwan dan manusia. Tidak cukup dengan itu, gading gajah pula dianggap sebagai barangan berharga dalam perdagangan haram hidupan liar.

Sejak kebelakangan ini terdapat beberapa kes keracunan gajah dilaporkan berlaku, termasuk pada 2019 yang mana seekor gajah Sumatera ditemui dipenggal dengan gadingnya dicabut.

Agensi pemuliharaan Aceh menganggarkan sekitar 500 gajah Sumatera masih hidup liar di dalam hutan wilayah tersebut. 

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita