Bangkai gajah phygmy dengan kulitnya disiat ditemukan di Kota Kinabalu
Bangkai seekor gajah pygmy dijumpai dengan anggota badannya dipotong manakala kulitnya disiat di sebuah ladang sawit dekat sini.
TONGOD: Bangkai seekor gajah pygmy dijumpai dengan anggota badannya dipotong manakala kulitnya disiat di sebuah ladang sawit dekat sini.
Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah Augustine Tuuga berkata bangkai haiwan dilindungi itu dijumpai oleh pekerja ladang berkenaan dekat Kampung Imbak pada pagi Rabu lepas, dalam keadaan reput dipercayai mati selama empat atau lima hari.
"Bangkai gajah itu juga mempunyai kesan tembakan dan tetakan...turut ditemukan bahagian-bahagian badannya seperti kepala dan gading kecuali belalai.
"Bedah siasat telah dilakukan oleh sepasukan petugas daripada JHL dan menemukan beberapa biji peluru," katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam ini (23 Jan).
Encik Tuuga berkata JHL sedang menyiasat motif pembunuhan, antaranya sama ada perbuatan itu dilakukan oleh pemburu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.