Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bandar pelancongan Vietnam ikrar henti penjualan daging anjing & kucing

Sebuah bandar pelancongan popular di Vietnam berikrar untuk menghentikan penjualan daging kucing dan anjing, menurut para pegawai hari ini (10 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Bandar pelancongan Vietnam ikrar henti penjualan daging anjing & kucing

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 10 Dec 2021 05:29PM Dikemas Kini : 10 Dec 2021 05:30PM

HANOI, Vietnam: Sebuah bandar pelancongan popular di Vietnam berikrar untuk menghentikan penjualan daging kucing dan anjing, menurut para pegawai hari ini (10 Dis).

Ini yang pertama seumpamanya di negara tersebut, di mana daging haiwan peliharaan itu dianggap sebagai hidangan enak bagi sesetengah penduduk.

Sekitar lima juta anjing dimakan setiap tahun di Vietnam, iaitu kedua tertinggi di dunia selepas China, dengan sesetengah penduduk mempunyai kepercayaan bahawa memakan daging boleh menghapuskan nasib malang.

Pihak berkuasa di Hoi An, iaitu sebuah pelaburan perdagangan bersejarah dan tapak Warisan Dunia, memeterai perjanjian dengan kumpulan hak haiwan, Four Paws International untuk berjanji menghentikan penjualan dan pemakanan daging kucing dan anjing.

"Kami ingin bantu menggalakkan kebajikan haiwan menerusi penghapusan penyakit anjing gila atau 'rabies', menghentikan perdagangan daging anjing dan kucing serta menjadikan bandar ini sebuah destinasi pelancongan yang utama," kata naib datuk bandar Nguyen The Hung.

Julie Sanders dari Four Paws International berkata detik bersejarah itu mungkin menjadi teladan bagi tempat-tempat lain di Vietnam.

Satu tinjauan kebangsaan yang dijalankan oleh kumpulan hak haiwan itu pada tahun ini mendapati bahawa hanya sekitar 6.3 peratus daripada 600 penduduk Vietnam yang ditinjau memakan haiwan-haiwan peliharaan tersebut, dengan 88 peratus menyokong larangan itu.

Adat pemakanan daging haiwan peliharaan itu semakin berkurangan setelah hasil pendapatan meningkat dan golongan mewah mengambil haiwan itu sebagai haiwan peliharaan.

Sekalipun demikian, daging anjing tetap boleh diperolehi dengan mudah di Hanoi dengan ada yang tidak mengendahkan keprihatinan kebajikan haiwan.

"Saya rasa tiada sesiapa pun yang harus melarang pemakanan daging anjing. Ia budaya kita," kata seorang penduduk Hanoi, Phan Van Cuong kepada AFP.

Pada 2018, para pegawai Hanoi menggalakkan orang ramai supaya berhenti memakan daging anjing kerana ia mencalarkan reputasi bandar itu dan terdapat keprihatinan kesihatan bahawa ia mungkin membawa kepada jangkitan rabies yang memudaratkan.

Sumber : AFP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan