Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bandar New South Wales, Australia terjejas lagi banjir buat kali kedua dalam sebulan dek hujan lebat

Anggaran Waktu Membaca:
Bandar New South Wales, Australia terjejas lagi banjir buat kali kedua dalam sebulan dek hujan lebat

(Gambar: Saeed Khan/AFP)

Diterbitkan : 30 Mar 2022 05:11PM Dikemas Kini : 30 Mar 2022 05:11PM

SYDNEY: Banjir melanda semula wilayah pantai timur Australia  pada Rabu (30 Mac), menenggelamkan jalan raya dan jambatan, manakala puluhan ribu penduduk meninggalkan rumah mereka buat kali kedua dalam beberapa minggu.

Beberapa bandar di utara New South Wales yang masih bergelut untuk membersihkan bertan-tan serpihan selepas banjir dahsyat awal Mac, berdepan pula arahan pemindahan apabila pihak berkuasa memberi amaran cuaca buruk berkemungkinan berterusan untuk 24 jam akan datang.

Banyak bangunan yang ditenggelami air sebulan lalu di beberapa kawasan yang paling teruk dilanda banjir dijangka dinaiki air semula, kata Menteri Perkhidmatan Kecemasan New South Wales, Stephanie Cooke dalam satu taklimat media.

Musim panas di pantai timur Australia didominasi corak cuaca La Nina, biasanya dikaitkan dengan peningkatan hujan, untuk tahun kedua berturut-turut, dengan banyak sungai sudah menghampiri kapasiti sebelum hujan lebat terbaru itu.

Bandar Lismore di utara New South Wales, antara yang paling teruk terjejas akibat banjir pada awal Mac, di mana paras air di sungai Wilsons di bandar itu mencecah ketinggian 10.65 meter. Data menunjukkan, bandar yang mempunyai hampir 30,000 penduduk itu menerima kira-kira 400 milimeter hujan dalam tempoh 24 jam sehingga pagi Rabu.

Tiada amaran rasmi bahawa benteng sungai pecah selepas sistem semboyan didapati rosak, lapor media tempatan.

"Semuanya runtuh di Lismore pada masa ini ... kali kedua dalam sebulan," kata Datuk Bandar Steve Krieg kepada Nine Network.

"Saya harap paras air bah tidak akan mencapai paras tinggi seperti tiga minggu lalu," tambahnya lagi.

Sumber : Reuters/KF/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa