Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bandar di Norway tawar pengangkutan awam percuma atasi kesesakan lalu lintas, kurangkan jejak karbon

Anggaran Waktu Membaca:
OSLO: Bandar Stavanger di Norway bersedia untuk menawarkan pengangkutan awam percuma kepada penduduknya selama setahun bermula Julai.

Datuk Bandar Kari Nessa Nordtun berkata bandar Stavanger sudah memperuntukkan 200 juta Kroner Norway (S$39 juta) untuk projek itu. 

Orang ramai akan dapat menggunakan perkhidmatan bas, bot dan kereta api di bandar itu secara percuma selama setahun, katanya pada Isnin (23 Mei), lapor Xinhua.

Inisiatif berkenaan bertujuan untuk menangani peningkatan pada penggunaan kenderaan persendirian dan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam di bandar keempat terbesar di Norway itu. 

"Dengan mengurangkan kebergantungan kepada kereta, bandar ini menyasarkan untuk mengurangkan kesan karbon dan kesesakan pada waktu puncak sekali gus dapat memberi manfaat kepada alam sekitar dan pemandu," kata beliau. 

Oleh itu, pemerintah tempatan menetapkan sasaran untuk memastikan sekurang-kurangnya 70 peratus perjalanan penumpang dilakukan dengan berjalan kaki, berbasikal atau menaiki pengangkutan awam.

Penyediaan pengangkutan awam secara percuma akan membantu memastikan matlamat itu tercapai. 

Belanjawan dan butiran teknikal untuk inisiatif itu dijangka diluluskan dalam mesyuarat majlis perbandaran pada 19 Jun nanti.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan