Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bandar China siap sedia hadapi cuaca 'panas terik' 40 darjah Selsius hujung minggu ini

Anggaran Waktu Membaca:

CHINA: Beberapa bahagian China diramal mengalami cuaca panas terik pada 10 hari akan datang sedang ia dilanda gelombang haba. 

Di beberapa wilayah, pihak berkuasa menjangkakan suhu akan mencecah sekurang-kurangnya 40 darjah Selsius dan pemerintah nasional sudahpun memberikan amaran bahawa kebakaran hutan mungkin berlaku. 

Cuaca akan mencecah paras rekodnya pada Sabtu (23 Jul), iaitu hari "Panas Terik" dalam kalendar tradisional China. 

Di Zhejiang, tenggara China, beberapa bandar mengeluarkan amaran merah, iaitu amaran yang paling tinggi, lapor BBC. 

Wilayah tersebut lazimnya mengalami suhu dalam linkungan 20 darjah Selsius pada Julai, tetapi tahun ini, pihak berkuasa tempatan memberi amaran 40 darjah Selsius dalam 24 jam akan datang. 

Untuk mengatasi cuaca panas, ramai penduduk di China bergantung pada alat hawa dingin di rumah, pejabat dan kilang, meskipun ia boleh menyebabkan masalah bagi saluran kuasa nasional. 

Permintaan boleh mencecah rekod baru sepanjang musim panas ini dan Kementerian Pengurusan Bencana sudahpun memberi amaran bahawa operasi selamat akan berdepan dengan beberapa "cabaran serius". 

Pada Julai, suhu di Shanghai mencapai 40.9 darjah Selsius, iaitu hari paling panas di Shanghai sejak suhu mula dicatat pada 1873. Rekod ini dicapai buat pertama kali pada 2017, lapor Reuters. 

Bandar tersebut terpaksa mengeluarkan amaran cuaca panas ekstrim yang ketiga musim panas ini. 

Gelombang haba kini sering berlaku di merata dunia, lebih kuat dan berlarutan disebabkan perubahan iklim yang disebabkan oleh kelakuan manusia. 

Suhu sedunia sudah naik sebanyak sekitar 1.1 darjah Selsius sejak waktu perindustrian bermula dan suhu akan terus meningkat, melainkan pemerintah sedunia mengurangkan ketara pelepasan karbon. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan