Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bandar China malapkan lampu di tengah gelombang haba

Anggaran Waktu Membaca:
Bandar China malapkan lampu di tengah gelombang haba

Gambar ini diambil pada 17 Ogos 2022, menunjukkan suasana muram di ibu kota wilayah Chengdu. (Gambar: AFP/STR)

BEIJING: Pihak berkuasa bandar di barat daya China memalapkan lampu papan iklan, stesen kereta-api bawah tanah dan papan tanda bangunan untuk menjimatkan tenaga, sedang kawasan itu berdepan dengan kekurangan tenaga akibat suhu yang mencecah paras rekod.

Wilayah Sichuan itu mencatat suhu melebihi 40 darjah Selsius minggu ini, menyebabkan permintaan bagi alat penghawa dingin meningkat selain takungan air yang semakin kering memburukkan lagi keadaan di wilayah yang bergantung kepada empangan bagi menjana tenaga elektrik.

Sejumlah kilang termasuk sebuah usaha sama dengan syarikat gergasi Jepun Toyota di ibu kota wilayah Chengdu terpaksa berhenti kerja, sementara berjuta-juta orang di bandar Dazhou bergelut dengan catuan bekalan elektrik.

"Cuaca panas dan lembap menyebabkan bekalan eletrik bagi pengeluaran dan kegunaan harian sudah sampai tahap paling maksimun," kata pihak pengurusan bandar Chengdu di sosial media pada Khamis (18 Ogos).

Oleh itu, bandar yang mempunyai lebih 20 juta penduduk itu, terpaksa mengambil langkah penjimatan dengan memalapkan penggunaan lampu, tambah notis yang dikeluarkan pada Selasa (16 Ogos).

Gambar yang dikongsi dalam wadah Weibo menunjukkan suasana muram di stesen bawah tanah, laluan pejalan kaki dan di pusat beli-belah.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan