Bandar China 'ditelan' ribut pasir setinggi 100m
Ribut pasir dengan ketinggian 100 meter seolah-olah 'menelan' sebuah bandar di Gurun Gobi, barat laut China.
BEIJING: Ribut pasir dengan ketinggian 100 meter seolah-olah 'menelan' sebuah bandar di Gurun Gobi, barat laut China.
Insiden itu hampir menyamai adegan dalam sebuah filem mengenai bencana alam.
Dunhuang merupakan sebuah bandar tarikan pelancong dengan pelbagai kisah sejarah, disebabkan kedudukannya sebagai tempat persinggahan bagi Laluan Sutera.
Pada Ahad lalu Dunhuang 'hilang' seketika apabila ribut pasir melanda.
Seorang penduduk, bernama Zhang, memberitahu media tempatan, Jimu News bahawa ribut pasir itu muncul secara tiba-tiba dan menutupi bandar berkenaan selama lima atau enam minit.
"Saya tidak dapat lihat matahari," katanya sambil menambah bahawa bandar di wilayah Gansu itu tidak pernah mengalami ribut pasir sejak beberapa tahun lalu.
"Pada mulanya, saya diselimuti debu kuning daripada ribut pasir itu, yang kemudian berubah menjadi merah dan akhirnya hitam."
Dunhuang menempatkan beberapa daya tarikan pelancong terkenal di China termasuk Gua Mogao iaitu gua dengan ukiran Buddha kuno menakjubkan dan iiktiraf sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO.
Ribut pasir sering terjadi di rantau itu, setiap kali musim bunga tetapi jarang berlaku pada musim panas, menurut agensi berita China News Service.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.