Bali tingkatkan pengawasan ke atas pelancong asing berikutan insiden jenayah
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Bernama)
JAKARTA: Bali sedang meningkatkan pengawasan terhadap para pelancong asing berikutan beberapa insiden jenayah yang mengganggu penduduk tempatan, lapor Xinhua.
Direktorat Imigresen Indonesia, dengan kerjasama polis Bali, meningkatkan pengawasan terhadap warga asing, termasuk menguatkuasakan peraturan trafik.
Saffar Muhammad Godam, pengarah penyeliaan dan penguatkuasaan di Direktorat Imigresen Indonesia berkata, warga asing yang melanggar undang-undang akan berdepan sekatan imigresen yang bertujuan untuk menghalang sebarang pelanggaran undang-undang pada masa depan.
Sementara itu, pejabat Kementerian Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Bali meningkatkan mandat kepada pihak berkuasa kampung tradisional di wilayah tersebut, untuk mengawas aktiviti pelancong asing dan mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar undang-undang dan adat tempatan.
"Ini adalah usaha untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman di Bali. Dengan melibatkan pihak berkuasa di kampung, ia lebih mudah bagi kami sebagai pihak imigresen, untuk memantau warga asing," kata ketua pejabat Pramella Yunidar Pasaribu baru-baru ini di Denpasar.
Sejak beberapa minggu lalu, agensi berita tempatan melaporkan sejumlah kegiatan jenayah, salah laku oleh pelancong asing yang menjejas ketenteraman awam, serta melanggar undang-undang negara serta adat tempatan.
Pada Rabu (26 Jun), pihak berkuasa imigresen Indonesia memberkas 103 warga asing, termasuk 12 wanita dan 91 lelaki di sebuah vila di Bali, kerana didakwa melakukan jenayah siber, termasuk perjudian online. Mereka semua akan dideportasi tidak lama lagi.
Sejumlah media tempatan juga melaporkan penduduk tempatan mengadu mengenai kelakuan pelancong asing.
Sejak beberapa bulan lalu, sejumlah pelancong asing dilaporkan menunggang motosikal secara berbahaya di Bali, yang membahayakan pemandu lain. Pejabat Imigresen Bali juga menemui pelancong asing yang bekerja secara haram.
Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia, Sandiaga Uno berkata, mengambil langkah untuk menguatkuasakan peraturan yang lebih ketat bagi warga asing diperlukan bagi mengekalkan keselesaan bagi penduduk tempatan Bali.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.