Skip to main content

Dunia

Bali keluar panduan etika untuk pelancong hormati budaya, undang-undang Indonesia

Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Pihak berkuasa Bali mengeluarkan kad yang menggariskan perkara boleh dan tidak boleh dilakukan oleh pelancong asing berikutan beberapa insiden warga asing tidak menghormati budaya dan undang-undang tempatan yang mencetuskan kemarahan penduduk, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Surat rasmi itu yang akan diedarkan kepada pelancong semasa ketibaan dan dilampirkan pada pasport mereka, menyenaraikan 16 peraturan yang bertujuan untuk memelihara budaya, alam sekitar dan keselamatan Bali.

Pelancong yang melanggar peraturan boleh didakwa mengikut undang-undang Indonesia.

Bali adalah pulau terkenal dengan kekayaan budaya dan pemandangan yang menakjubkan serta menarik berjuta-juta pelancong setiap tahun, namun pandemik COVID-19 menjejaskan ekonomi dan sektor pelancongannya dengan teruk.

Surat tersebut antara lain menggesa pelancong supaya menghormati budaya Bali dengan berpakaian sopan, melindungi alam sekitar, mematuhi peraturan jalan raya, penyalahgunaan dadah dan alkohol, bekerja atau menjalankan perniagaan haram.

Ia juga melarang mereka daripada memasuki kawasan suci kuil melainkan mereka memakai pakaian tradisional Bali atau untuk beribadat, mencemarkan kuil, simbol agama atau objek suci, termasuk mengambil gambar bogel.

Tindakan itu dibuat selepas beberapa siri skandal yang melibatkan pelawat asing, seperti dua penulis blog Rusia yang berbogel di tapak suci dan seorang wanita Jerman menganggu upacara kuil dalam keadaan berbogel.

Penduduk Bali juga mengadu bahawa ramai warga asing mengabaikan peraturan lalu lintas dan bekerja secara online tanpa visa yang sah.
 
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita