Bali hentikan pembinaan lif kaca di Pantai Kelingking setelah dikecam hebat
Pihak berkuasa Bali mengarahkan supaya kerja-kerja pembinaan lif kaca penuh kontroversi di Pantai Kelingking dihentikan, menyusuli kritikan meluas berhubung risiko terhadap alam sekitar, keprihatinan keselamatan dan dakwaan ia melanggar permit.
Anggaran Waktu Membaca:
DENPASAR: Pihak berkuasa Bali mengarahkan supaya kerja-kerja pembinaan lif kaca penuh kontroversi di Pantai Kelingking dihentikan, menyusuli kritikan meluas berhubung risiko terhadap alam sekitar, keprihatinan keselamatan dan dakwaan ia melanggar permit.
Pantai Kelingking, yang dikenali menerusi tebingnya yang berbentuk dinosaur dan perairan pantai yang berwarna biru kehijauan, merupakan salah satu tarikan semula jadi paling popular di Bali, menarik ramai pelancong yang sanggup menuruni tangga curam bagi menikmati pemandangan panoramik yang menakjubkan.
Lif kaca setinggi 182 meter itu direka untuk berhenti di beberapa tingkat bagi membolehkan para pelancong untuk keluar bersiar-siar dan menikmati pemandangannya.
Namun projek itu kini berdepan pengawasan ketat kerana ia dilaporkan melanggar beberapa undang-undang perancangan ruang Indonesia adn juga mengancam integriti landskap semula jadi di kawasan sekitarnya.
Keputusan untuk menggantung pembinaan projek itu diputuskan oleh awatankuasa Khas bagi Perancangan Ruang, Aset dan Pelesenan (TRAP) Dewan Perwakilan Rakyat Daerah Bali pada 31 Oktober, selepas mendapati projek berkenaan melanggar peraturan negara berhubung penggunaan tanah dan zon pesisir pantai.
“Struktur itu terletak di kawasan yang diwartakan sebagai zon mitigasi bencana, di mana pembinaan berskala besar tidak dibenarkan,” kata pengerusi jawatankuasa I Made Supartha, seperti dilaporkan oleh media tempatan.
Beliau menambah reka bentuk lif itu juga bercanggah dengan tradisi seni bina Bali dan boleh menjejaskan keindahan semula jadi yang menjadi daya tarikan utama kawasan tersebut.
PROJEK BERTUJUAN MEMUDAHKAN AKSES
Projek bernilai 200 bilion rupiah (S$15.63 juta) itu disokong oleh para pelabur dari China dan diuruskan oleh pemaju Indonesia, PT Bangun Nusa Properti.
Ia dimulakan pada Julai 2023 dengan matlamat untuk memudahkan akses ke pantai berkenaan.
Pengarah syarikat I Komang Suantara, berkata pihaknya mematuhi semua keperluan undang-undang dan teknikal, termasuk kajian alam sekitar dan kekuatan tanah.
“Permit kami dikeluarkan berdasarkan peraturan perancangan dan bangunan serantau yang terkini. Namun, kami akan menghormati keputusan pihak berkuasa untuk menghentikan kerja-kerja pembinaan,” kata Encik Suantara sambil menjelaskan bahawa projek itu sudah 70 peratus siap ketika penggantungan diumumkan.
Rakaman video yang tular di media sosial pada awal tahun ini menunjukkan kren dan rangka keluli di kawasan tersebut, mencetuskan kemarahan penduduk tempatan yang menuduh pihak pemaju mengabaikan langkah-langkah perlindungan alam sekitar Bali.
PERTIKAIAN BERHUBUNG PERMIT
Pihak berkuasa Bali menutup kawasan projek itu minggu lalu selepas mendapati pembinaan dijalankan tanpa permit yang diperlukan dan berisiko dari segi keselamatan.
Ketua Satpol PP Bali, I Dewa Nyoman Dharmadi berkata pembangunan itu hanya diberi kebenaran bagi penggunaan terhad di kawasan tebing, bukan bagi pembinaan struktur kekal berskala besar.
“Projek ini terletak dalam zon perlindungan dan melanggar peraturan jarak pesisir pantai,” kata beliau. “Kami telah menghentikan pembinaan dan menutup kawasan itu demi keselamatan.”
Pegawai-pegawai lain turut menyuarakan kebimbangan mengenai bahan binaan yang digunakan dan memberi amaran bahawa tapak berkenaan boleh ditutup dengan sepenuhnya sekiranya pelanggaran disahkan.
Bupati Klungkung, I Made Satria, berkata projek itu sudah mendapat kelulusan sebelum beliau memegang jawatan pada awal tahun ini, sambil menambah bahawa pemaju mendakwa pihaknya memiliki permit yang sah.
“Penduduk tempatan beritahu saya bahawa beberapa sesi rundingan telah diadakan dan mereka menyokong projek itu,” kata Encik Satria kepada media tempatan, sambil menambah bahawa pentadbirannya kini sedang meneliti semula dokumen berkaitan.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.