Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bali dilanda gempa bumi 5.2 Richter

Anggaran Waktu Membaca:

JAKARTA: Gempa bumi sederhana dasar laut berukuran 5.2 pada skala Richter melanda berhampiran Bali pada Selasa (13 Dis).

Tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia, pusat gempa terletak pada koordinat 8.16 lintang selatan dan 115.62 bujur timur di Laut Bali.

Gempa bumi yang berlaku pada kira-kira pukul 5.38 petang waktu tempatan itu menggegarkan kawasan yang terletak dalam persekitaran 23 kilometer timur laut daerah Karangasem pada kedalaman 10 kilometer, lapor agensi tersebut. 

Media tempatan melaporkan gempa bumi itu menggegarkan penduduk di kampung Selumbung, daerah kecil Manggis.

Gegaran berterusan selama beberapa saat itu turut dirasakan di Mataram, Lombok, Tabanan, Kuta, Buleleng dan kawasan jiran.

Tiada kecederaan atau kerosakan harta benda dilaporkan setakat ini.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan