Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bali dibuka semula kepada pelancong asing dari semua negara

Pulau wisata Bali, Indonesia, akan mula menerima kedatangan pelancong dari semua negara mulai lewat minggu ini, menurut pihak berkuasa negara itu pada Isnin (31 Jan), tiga bulan selepas mengumumkan ia akan dibuka kepada warganegara tertentu.

Anggaran Waktu Membaca:
Bali dibuka semula kepada pelancong asing dari semua negara

Gambar Hiasan: Pantai di Sanur, berdekatan Denpasar di pulau peranginan Bali, Indonesia (Gambar: AFP)

JAKARTA: Pulau wisata Bali, Indonesia, akan mula menerima kedatangan pelancong dari semua negara mulai lewat minggu ini, menurut pihak berkuasa negara itu pada Isnin (31 Jan), tiga bulan selepas mengumumkan ia akan dibuka kepada warganegara tertentu.

Menurut laporan BERNAMA, Indonesia akan membuka secara bertahap-tahap pulau itu kepada pelancong asing mulai 4 Februari.

Meskipun Bali rasmi dibuka kepada pelawat dari China, New Zealand dan Jepun - dalam kalangan negara lain - pada pertengahan Oktober lalu,sejak itu tiada penerbangan langsung ke pulau tersebut, lapor Reuters memetik Menteri Pelancongan Sandiaga Uno.

Pembukaan semula itu menyusuli pengumuman serupa oleh Thailand dan Filipina yang menggantung perjalanan bebas kuarantin pada Disember lalu disebabkan ketidakpastian awal tentang keberkesanan vaksin terhadap COVID-19, varian Omicron.

Keputusan itu dibuat sekalipun jumlah kes COVID-19 di Indonesia terus meningkat pada bulan ini. Ia berlaku selepas negara itu berjaya mengawal keadaan pandemik pada separuh kedua tahun lalu. Menurut Reuters, penguasa kesihatan mengaitkan peningkatan kes itu dengan Omicron.

Hotel dan perniagaan di Bintan serta Batam mengalu-alukan aturan perjalanan khas dengan Singapura, dengan harapan agar perincian mengenainya akan dimuktamadkan segera.

Terkenal bagi kegiatan meluncur air, kuil, air terjun dan tempat hiburan malam, Bali menarik 6.2 juta pelancong asing pada 2019 sebelum COVID-19 melanda.

Namun, sekatan sempadan yang ketat dek pandemik menjejas teruk sektor pelancongan yang biasanya menyumbang kepada 54 peratus ekonomi Indonesia.

Singapore Airlines menyatakan pada Jumaat ia akan menyambung semula penerbangan ke Bali dari Singapura mulai 16 Februari.

Menteri Kanan Luhut Pandjaitan berkata pada 4 Februari pelawat antarabangsa yang sudah divaksin terhadap COVID-19 masih dikehendaki menjalani kuarantin antara lima hingga tujuh hari, lapor Reuters.

Minggu lalu, Indonesia membuka dua pulaunya yang terletak dekat dengan Singapura kepada pelawat dari negara itu.

Menurut Ida Ayu Indah Yustikarini, seorang pegawai di Pejabat Pelancongan Pemerintah Bali, pulau itu sudahpun menerima kunjungan pelawat asing sejak beberapa bulan lalu melalui ibu kota Jakarta tetapi beliau tidak memberikan bilangan rasminya.

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan