Bali arah lif kaca di Pantai Kelingking dirobohkan susuli pertikaian
Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Gabenor Bali mengarahkan perobohan sebuah lif kaca yang masih dalam proses pembinaan di tebing pantai paling terkenal di pulau itu, susulan bantahan awam selama beberapa minggu serta dapatan pelbagai pelanggaran alam sekitar dan pembinaan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Gabenor I Wayan Koster berkata pada Ahad (23 Nov) bahawa struktur setinggi 180 meter di pulau jiran Nusa Penida itu mesti dirobohkan dalam masa enam bulan selepas pihak berkuasa menghentikan kerja-kerja pembinaan pada akhir Oktober menyusuli ketiadaan permit dan disyaki melanggar peraturan perancangan.
Kira-kira 70 peratus projek itu sudah siap.
Lif berkenaan direka untuk membawa pelancong turun ke kawasan tinjau "T-Rex cliff" di Pantai Kelingking, yang tebingnya menyerupai kepala dinosaur.
Ia bertujuan menawarkan laluan yang lebih selamat berbanding jalan curam yang sering mencederakan pengunjung.
Namun rangka keluli putih itu menerima kecaman hebat, dengan banyak pihak berhujah bahawa ia merosakkan pemandangan ikonik kawasan berkenaan.
Encik Koster berkata langkah itu adalah sebahagian daripada usaha lebih luas untuk melindungi alam semula jadi, budaya dan nilai sosial Bali, sambil menolak dakwaan bahawa keputusan itu tidak mesra pelaburan.
Pemaju projek, PT Indonesia Kaishi Tourism Property Investment Development, perlu memulihkan kawasan berkenaan kepada keadaan asal dalam tempoh tiga bulan selepas perobohan.
Bali memerlukan pelaburan, namun ia mesti dijalankan dengan penuh berintegriti dan tanggungjawab, kata Encik Koster, sambil menambah bahawa pembangunan itu seharusnya melindungi Bali, bukan mengeksploitasinya.
Pulau itu sudah lama bergelut dengan tekanan pelancongan massa.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.