BALI: 2 warga Australia hadapi hukuman penjara yang lama; miliki dadah kokain
Dua warga Australia menghadapi hukuman penjara yang lama di Indonesia kerana memiliki dadah kokain di Bali.
BALI: Dua warga Australia menghadapi hukuman penjara yang lama di Indonesia kerana memiliki dadah kokain di Bali.
William Cabantog, 36 tahun, dan David van lersel, 38 tahun, ditangkap di sebuah kelab malam di kawasan Canggu, Jumaat lalu.
Menurut polis Bali, mereka bertindak selepas menerima maklumat tentang beberapa warga Australia yang menjual dan mengedar dadah.
Polis kemudian menemui 1.1 gram kokain di dalam saku Cabantog semasa serbuan dilakukan dan kedua-dua lelaki itu mengaku membeli dan menggunakan dadah tersebut.
Dua warga Australia itu berada di Bali sejak beberapa bulan yang lalu.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara sehingga 12 tahun dan denda AS$57,000 (S$77,730).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.