Skip to main content

Dunia

Baki kawasan di Gaza "tidak selamat dan tidak boleh didiami": UNWRA

Anggaran Waktu Membaca:
Baki kawasan di Gaza "tidak selamat dan tidak boleh didiami": UNWRA

Rakyat Palestin tinggalkan rumah mereka selepas tentera Israel keluarkan arahan berpindah di Shujaiya, Gaza pada April 3, 2025. (Gambar: Mahmoud Issa/Reuters)

NEW YORK: Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) pada Jumaat (Apr 25) memaklumkan bahawa kira-kira 500,000 lagi penduduk kehilangan tempat tinggal di Semenanjung Gaza sepanjang bulan Mac susulan arahan berpindah yang berulang kali dikeluarkan oleh tentera Israel.

Menurut Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA), UNRWA dalam kenyataan yang dikongsi di platform X, gelombang pemindahan terbaharu itu mengehadkan pergerakan penduduk Palestin kepada kurang satu pertiga daripada keluasan asal wilayah Gaza. Kawasan yang masih ada pula digambarkan sebagai "hancur lebur, tidak selamat dan hampir tidak boleh didiami."

UNRWA turut menegaskan keadaan kemanusiaan yang amat dahsyat di pusat perlindungan yang sesak, sambil menyifatkannya sebagai satu bencana. Agensi itu menyatakan para penyedia khidmat kini bergelut untuk beroperasi ekoran hampir kesemua sumber sedia ada sudah habis digunakan.

Agensi berkenaan turut mengesahkan bahawa serangan berterusan oleh Israel terus memburukkan lagi krisis kemanusiaan di Gaza, dengan keluarga yang hilang tempat tinggal berdepan kesukaran melampau serta akses yang sangat terhad kepada perkhidmatan asas seperti makanan, air, penjagaan kesihatan dan sanitasi.
 
Sumber : AGENCIES/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita