Bakar diri sendiri selepas gaduh dengan teman wanita
Gara-gara bergaduh dengan teman wanita, seorang pemuda berusia 21 tahun nekad membakar dirinya sendiri di tempat meletak kenderaan sebuah rumah di Kampung Bintang, Sitiawan, di Perak, pada Selasa (19 Mac).
Gambar hiasan. (Gambar: Brendan Smialowski/AFP)
LUMUT: Gara-gara bergaduh dengan teman wanita, seorang pemuda berusia 21 tahun nekad membakar dirinya sendiri di tempat meletak kenderaan sebuah rumah di Kampung Bintang, Sitiawan, di Perak, pada Selasa (19 Mac).
Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Muhammad Hanif Othman, berkata kejadian itu berlaku pada kira-kira pukul 7.40 malam.
Menurut beliau, pemuda yang melecur hampir 90 peratus bahagian badannya itu kini dirawat di Unit Jagaan Rapi (ICU) Hospital Seri Manjung.
"Ada beberapa saksi kejadian dan di tempat kejadian juga ada kamera litar tertutup (CCTV). Kita turut merakam percakapan saksi serta menganalisis rakaman CCTV yang diperoleh," menurutnya dalam kenyataan hari ini (20 Mac).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.