Bakar al-Quran di Sweden: Iraq keluarkan waran tangkap terhadap Salwan Momika
Anggaran Waktu Membaca:

(Gamabr: Pexel)
KAHERAH: Pejabat pendakwa raya Iraq mengeluarkan waran tangkap menerusi Pertubuhan Polis Jenayah Antarabangsa (Interpol) terhadap Salwan Momika, seorang pelarian warga Iraq berusia 37 tahun, yang bertindak membakar Al-Quran di Sweden pada bulan lalu.
Pejabat pendakwa raya menghantar maklumat dan waran tangkap khas terhadap Momika dan meminta Interpol memaklumkan Baghdad sekiranya dia berjaya diberkas.
Pada 28 Jun, protes berlaku di pekarangan masjid Stockholm, di mana al-Quran dibakar. Polis Sweden membenarkan demonstrasi itu.
Insiden membakar al-Quran di Stockholm mencetuskan kecaman di seluruh dunia. Iraq menyeru pihak berkuasa Sweden untuk menghantar pulang individu yang bertanggungjawab atas kejadian itu.
Ramai ketua negara, termasuk setiausaha agung Liga Arab dan ketua Majlis Kerjasama Teluk, turut mengecam perbuatan itu.
Demonstrasi serupa berlaku di Sweden pada Januari apabila ahli politik sayap kanan Denmark Rasmus Paludan membakar kitab suci umat Islam di hadapan kedutaan Turki.

Sumber : Bernama/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.