Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS bakal umum pakej ketenteraan baru bagi Ukraine pada 3 Mac

Anggaran Waktu Membaca:
AS bakal umum pakej ketenteraan baru bagi Ukraine pada 3 Mac

Penyelaras bagi Perhubungan Strategik di Majlis Keselamatan Nasional di Rumah Putih, John Kirby (Gambar fail: Win McNamee/Getty Images/AFP)

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) bakal mengumumkan pakej bantuan ketenteraan baru bagi Ukraine pada Jumaat (3 Mac), bernilai kira-kira AS$400 juta (S$539 juta).

Sebahagian besarnya mengandungi senjata, menurut dua pegawai dan seorang individu yang dekat dengan pakej berkenaan. 

Bantuan bagi Ukraine dijangka menjadi tajuk utama perbincangan apabila Presiden AS Joe Biden dan Canselor Jerman Olaf Scholz bertemu di Rumah Putih pada Jumaat, lapor Reuters. 

Pakej bantuan tersebut, menurut sumber-sumber berkenaan pada Khamis (2 Mac), dijangka mengandungi lebih banyak sistem pelancaran roket (GMRS) bagi HIMARS, peluru bagi kereta kebal Bradley dan kenderaan tempur yang mempunyai jambatan yang boleh digunakan jika perlu. 

Perkakas itu akan dibiayai menggunakan Penguasa Pengeluaran Presiden (PDA) di mana presiden boleh memberikan kebenaran bagi pemindahan barangan dan khidmat daripada simpanan AS tanpa kelulusan Kongres dalam tindak balas kepada kecemasan.

Dalam satu taklimat kepada wartawan, jurucakap Rumah Putih John Kirby, bagaimanapun, tidak mendedahkan nilai pakej bantuan tersebut, sambil berkata, perinciannya akan didedahkan dalam masa terdekat. 

AS memberi bayangan kepada sekutu-sekutu rapat negara itu mengenai kemungkinan mengenakan sekatan baru ke atas China sekiranya Beijing memberi bantuan ketenteraan kepada Rusia bagi perang di Ukraine, lapor Reuters pada Rabu (1 Mac). 

Encik Kirby ditanya sama ada sekatan ke atas China akan menjadi tajuk perbualan antara Encik Biden dan Encik Scholz, dan beliau berkata: "Tentunya, saya menjangkakan dalam konteks berbincang tentang situasi di Ukraine, isu mengenai bantuan pihak ketiga kepada Rusia akan dibangkitkan." 

Sumber : Reuters/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan