Skip to main content

Dunia

Bakal pengantin petik gambar kahwin sendiri; tunang maut dalam nahas Lion Air

Setiap bakal mempelai tentu sekali mengimpikan pernikahan yang indah dan bahagia bersama pasangan yang dicintai. Namun bagi Intan Syari, hari istimewa itu kini satu detik yang pilu.

Anggaran Waktu Membaca:
Bakal pengantin petik gambar kahwin sendiri; tunang maut dalam nahas Lion Air

Tunang Intan Syari, Dr Rio Nanda Pratama, terkorban akibat nahas pesawat Lion Air JT610. (Gambar: Intan Syari/Instagram)

Diterbitkan : 21 Nov 2018 03:48PM Dikemas Kini : 21 Nov 2018 04:05PM

JAKARTA: Setiap bakal mempelai tentu sekali mengimpikan pernikahan yang indah dan bahagia bersama pasangan yang dicintai. Namun bagi Intan Syari, hari istimewa itu kini satu detik yang pilu.

Wanita rakyat Indonesia, berusia 26 tahun, itu berjanji bahawa beliau akan melangsungkan sesi penggambaran dengan memakai gaun pengantin dan menghantar gambar-gambar tersebut kepada tunangnya jika beliau lambat pulang.

Tunang Cik Syari, Dr Rio Nanda Pratama, bagaimanapun tidak muncul tiba.

Dr Pratama adalah antara 189 penumpang dan anak kapal yang terkorban apabila pesawat Lion Air JT610 terhempas ke dalam laut pada 29 Oktober, sejurus selepas ia berlepas dari Jakarta.

Pasangan itu merancang untuk bernikah pada 11 November. Dr Pratama, yang menghadiri sebuah seminar di Jakarta, sedang dalam perjalanan pulang ke Pangkal Pinang untuk majlis pernikahannya.

(Gambar: Intan Syari/Instagram)

Cik Syari berkata bahawa beliau bertekad mahu memenuhi permintaan terakhir tunangnya, meskipun pada masa itu mereka hanya bersenda saja.

"Kami hanya bergurau pada masa itu," kata Cik Syari. "Beliau meminta saya supaya memakai gaun pengantin yang dipilihnya pada majlis pernikahan kami, memakai mekap, memegang sejambak mawar putih serta mengambil gambar dan mengirimkannya kepada beliau."

Dr Pratama adalah "cintanya yang pertama", kata Cik Syari. Mereka sudah menjalin hubungan selama 13 tahun.

Cik Syari meneruskan majlis pernikahannya pada 11 November dengan mengambil gambar-gambar tersebut, dikelilingi oleh saudara mara dan rakan-rakannya.

"Meskipun saya berasa amat sedih, saya tetap harus bersenyum untuk anda," kata Syari di laman Instagramnya. "Saya tidak sepatutnya berasa sedih, saya harus sentiasa tabah dan seperti apa yang anda selalu katakan kepada saya, saya sayangi anda, Rio Nanda Pratama."

Sumber : AP/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita