Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bakal pengantin di Malaysia ini terpaksa buat salasilah untuk jemput kenduri kahwin

Gara-gara "keluarga belah ayah terlalu ramai" seorang gadis ambil keputusan buat salasilah untuk memastikan semua anggota keluarga dijemput ke majlis perkahwinannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Bakal pengantin di Malaysia ini terpaksa buat salasilah untuk jemput kenduri kahwin

(Petikan skrin: TikTok/@itsnotafrina)

MALAYSIA: Selalunya setiap hujung tahun, ramai yang mengambil keputusan untuk bercuti, balik kampung dan mengadakan kenduri sempena musim cuti sekolah. Hujung tahun juga cukup sinonim dengan "musim jemputan kahwin".

Persiapan perkahwinan bukan suatu perkara yang mudah kerana perlu meneliti dari pelbagai aspek, terutama sekali dalam keadaan pandemik COVID-19 yang masih melanda banyak negara.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang gadis berkongsi cara dia terpaksa membuat salasilah keluarga sebelah ayahnya untuk dijemput ke kenduri kahwinnya.

Video tersebut mencuri perhatian ramai.

Gadis tersebut dilihat terpaksa menyenaraikan jemputan tetamu sehingga perlu cetak di kertas besar untuk menyemak nama semua anggota keluarga sebelah ayahnya yang terlalu ramai.

Video berkenaan telah meraih lebih 607,200 tontonan, 96,900 'likes' dan 2,125 komen di TikTok.

Antaranya, ada yang menggelar aksi bakal pengantin itu "Macam nak buat projek juta-juta"!

Sumber : Agensi berita/NY/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan