Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Baju raya terakhir menjadi pengubat rindu susulan pemergian anak bongsu tersayang...

Anggaran Waktu Membaca:

GUA MUSANG: Sejak lima tahun lalu, rasa rindu warga emas, terhadap anak lelakinya, yang lemas di Sungai Nenggiri, di Gua Musang tidak pernah padam.

Lebih memeritkan apabila jasad Adnan Che Soh, 29, anak bongsu daripada lapan beradik yang dihanyutkan arus sungai sehingga kini belum ditemui, seperti dinukil daripada Harian Metro.

Menyelami hati wanita itu, Che Minah Yaakob, 70 tahun, berkata, rasa rindu terhadap anak lelakinya tidak pernah padam terutama menjelang Aidilfitri ketika semua ahli keluarga berkumpul.

"Kehilangan arwah sangat dirasai, tambahan pula arwah adalah anak bongsu dan sentiasa ada bersama saya. Bila teringatkan arwah saya akan menangis dan sedekahkan al-Fatihah untuk rohnya.

"Sehingga kini, saya masih simpan baju raya terakhir arwah, bila rindukan dia saya akan pegang baju ini, terasa seakan arwah masih ada bersama.

"Apa lagi yang mampu saya buat, arwah tiada kubur untuk diziarahi, kerana mayatnya tidak ditemui selepas dua minggu operasi mencari dan menyelamat. Namun saya reda," katanya ketika ditemui di rumahnya, di Kampung Prak di Gua Musang.

Mengimbas kembali kejadian pada 27 Januari 2017, Che Minah berkata, seorang penduduk kampung memaklumkan anak lelakinya terjatuh dari atas jambatan sementara Kampung Pulau Setelu, lapor Harian Metro.

"Ketika kejadian saya berada di kebun belakang rumah, sebelum ke kebun beliau masih berada di rumah, sebaik menerima berita saya terus ke lokasi kejadian dan hanya kasut arwah yang tinggal, manakala motosikalnya ditemui tersangkut pada besi jambatan.

"Selepas dua minggu operasi mencari dan menyelamat, arwah tidak juga ditemui, namun saya berpuashati kerana pelbagai usaha dilakukan oleh pihak terbabit. Saya anggap ini takdir," kata beliau kepada Harian Metro.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan